Saiz Kantong Perut Ikut Berat Badan? Fakta Atau Mitos? Apa Kata Pakar Bariatrik Pula…[VIDEO]

Saiz Kantong Perut Ikut Berat Badan? Fakta Atau Mitos? Apa Kata Pakar Bariatrik Pula…[VIDEO]

PERNAHKAH anda terfikir berapa besar saiz perut kita dan adakah ia bergantung kepada berat badan seseorang?

Sebenarnya ramai beranggapan bahawa individu dengan lebihan berat badan mempunyai saiz kantong perut lebih besar apatah lagi melihat kemampuan golongan ini mengambil kuantiti makanan yang banyak.

Sejauh mana kebenaran dan logik berhubung perkara ini?

Menjelaskan mengenai perkara itu, pakar perunding pembedahan dan bariatrik, Dr Mustafa Mohammad Taher menjelaskan meskipun tanggapan itu kedengaran logik namun saiz kantong perut tidak boleh diukur hanya melalui fizikal seseorang.

Kata Dr Mustafa, terdapat pesakitnya yang melakukan pembedahan bariatrik dalam kategori berat badan sederhana tetapi mempunyai saiz kantong perut lebih besar dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.

Ada pula jelasnya, berat badan melebihi 100 kilogram tetapi saiz perut mereka lebih kecil selain kurang komplikasi dalaman seperti penyakit kencing manis, hipertensi atau pun masalah berkaitan kardiovaskular.

“Sebagai contoh, pesakit yang paling ringan bukan sahaja mempunyai perut paling besar akan tetapi mempunyai pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, hati berlemak dan masalah tidur yang dipanggil Obstructive Sleep Apnea (OSA),” katanya.

Dr Mustafa menjelaskan saiz perut tidak boleh diukur secara fizikal sebaliknya penggunaan teknik imbasan X-ray atau CT Scan boleh digunakan.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua teknik itu tidak dapat mengesan saiz perut seseorang dengan ukuran tepat sebaliknya hanya anggaran boleh dilakukan.

“Nak tahu saiz yang tepat memang tidak boleh kecuali ketika pembedahan, barulah kita boleh dapat ukur saiznya,” katanya.

Menjelaskan tentang golongan yang berat badan tidak meningkat meskipun mempunyai tabiat pemakanan yang buruk, Dr Mustafa memberitahu kebiasaannya ia dipengaruhi pelbagai faktor.

Ini termasuklah cara pemakanan, waktu makan, jenis makanan, gaya hidup dan sebagainya.

VIDEO DIBAWAH:-

https://www.instagram.com/p/CU6Wd1fJ7q7/

Sementara itu, Dr Mustafa menjelaskan kos pembedahan bariatrik bagi individu berbadan kurus dan gemuk adalah sama sebaliknya ukuran perut yang perlu dibuang, ketelitian pembedahan dan rawatan selepas pembedahan paling diutamakan.

“Kos pembedahan ini bukan tertakluk kepada berat badan seseorang, sebagai doktor saya akan pastikan pesakit melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan,” katanya.-mSTAR

Saiz Kantong Perut Ikut Berat Badan? Fakta Atau Mitos? Apa Kata Pakar Bariatrik Pula…[VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pembedahan bariatrik kian popular

‘Perut saya terpaksa ditebuk’ – Cef Zam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker