Tapir betina mati dilanggar motosikal


TAPIR betina yang mati dilanggar penunggang motosikal di Kilometer 70, Jalan Jerangau-Jabor di AMBS, Dungun malam tadi.

DUNGUN: Seorang buruh berdepan detik cemas apabila motosikalnya terlanggar seekor tapir melintas di Kilometer 90, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 11.07 malam, Muhammad Zairey Abd. Razak, 20, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC hanya cedera ringan manakala tapir betina  itu  mati.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian penunggang motosikal itu dalam perjalanan ke Bukit Besi dari AMBS.

“Setibanya di lokasi, seekor tapir tiba-tiba melintas ke jalan dari arah hutan berhampiran.

“Penunggang motosikal gagal mengelak lalu melanggar tapir dan impak kemalangan itu menyebabkan mangsa luka di  belakang badan dan kepala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharudin berkata, Muhammad Zairey  kemudian dibawa ke Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan.- UTUSAN

Tapir betina mati dilanggar motosikal


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rampasan 3 tan ayam disumbang kepada Zoo Melaka

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker