Pembahagian kerusi PRU PAS-Umno belum muktamad – Amar
Pembahagian kerusi PRU PAS-Umno belum muktamad – Amar
Pembahagian kerusi pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) membabitkan Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional (MN) masih belum dimuktamadkan, kata Naib Presiden PAS Nik Mohd Amar NIk Abdullah.
Katanya, walaupun secara dasarnya sudah selesai 70% jumlah itu hanyalah melibatkan beberapa dasar sahaja, namun masih ada beberapa skop yang masih belum diselesaikan secara keseluruhannya.
“Secara dasarnya, mana-mana kerusi yang PAS menang, PAS akan bertanding manakala kerusi dimenangi Umno maka Umno bertanding, dari segi itu semua dah selesai. Cuma secara rasminya, berapa kerusi dan kerusi mana yang masih kosong itu masih belum diputuskan.
“Itu belum lagi melibatkan kerusi yang Umno dan PAS yang tidak menang, belum selesai lagi. Ada lagi beberapa perkara yang perlu kita putuskan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Suri Mithali di sini Kota Bharu memetik laporan Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, PAS masih berharap wujud keserasian antara Umno dan Bersatu bagi memastikan pembahagian kerusi dan persediaan untuk berdepan PRU15 kali ini lebih mantap.
Katanya, Umno seharusnya melihat perkara ini dengan lebih jauh malah beberapa kajian yang dibuat juga telah membuktikan mereka tidak boleh menubuhkan satu kerajaan yang ‘gagah’ jika hanya melibatkan Pas dan Umno semata-mata.
Beliau juga memberitahu, demi bangsa Melayu, ketiga-tiga parti itu perlu berjuang bersama dan semua pihak perlu ambil kira perkara tersebut memandangkan PAS, Umno dan Bersatu sebenarnya mempunyai kelemahan serta kelebihan yang masing-masing akan kuat apabila bergabung.
“Kita semua ada kelemahan, kalau duduk sekali, kelemahan ini boleh ditampung masing-masing. Apa yang penting kita bekerja untuk rakyat,” katanya. FMT
Pembahagian kerusi PRU PAS-Umno belum muktamad – Amar
Baca Artikel Menarik :
- Najib buat laporan polis terhadap LHDN
- Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15
- 4 kereta termasuk Lamborghini terbabit kemalangan [VIDEO]
- Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh
- Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’
- Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN
- ‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan
- Nano spray, awas jangan terpedaya
- Basque Burnt Cheesecake Durian
- Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
- Belum 100 hari, Rina sudah gagal – Fuziah
Layari Laman Facebook MYKMU