Lori bawa tar rempuh 7 kenderaan
Lori bawa tar rempuh 7 kenderaan
Sebuah lori membawa muatan tar yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh tujuh kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat Persiaran Bukit Rahman Putra 2, Sungai Buloh dekat sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, pemandu lori berusia 35 tahun itu dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit di kawasan berselekoh di laluan itu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata ketika kejadian, lori ‘tipper’ jenis Nissan CD54V berkenaan sedang dalam perjalanan dari Bukit Rahman Putra untuk ke Petaling Jaya.
“Ketika sampai di tempat kejadian, lori berkenaan hilang kawalan akibat mengalami masalah brek dan merempuh tujuh buah kenderaan yang sedang berhenti menunggu lampu isyarat merah daripada arah belakang.
“Kenderaan yang dilanggar masing-masing terdiri daripada sebuah Honda Jazz, PERODUA Myvi, trak jenis Isuzu NRR35, pikap jenis Isuzu D-Max, van jenis Daihatsu Gran Max, PERODUA Axia dan van jenis Toyota Hiace,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Shafa’aton, kesemua mangsa dalam kemalangan itu terselamat dan hanya kenderaan yang terbabit mengalami kerosakan dengan sebuah daripadanya rosak sepenuhnya.
Katanya lagi, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan.
Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BH
Lori bawa tar rempuh 7 kenderaan
Baca Artikel Menarik :
- Najib buat laporan polis terhadap LHDN
- Nazri ramal UMNO dan Bersatu akan bergabung sebelum PRU15
- 4 kereta termasuk Lamborghini terbabit kemalangan [VIDEO]
- Utusan, NST tidak dibenar buat liputan di Parlimen, MalaysiaNow boleh
- Kanak-kanak perempuan berbogel dan diarak dalam ritual ‘panggil hujan’
- Khir cadang semua bekas PM dilibatkan dalam MPN
- ‘Jutaan terima kasih’, kata polis selepas AGC tuduh ahli Armada Bersatu bunuh pengawal keselamatan
- Nano spray, awas jangan terpedaya
- Basque Burnt Cheesecake Durian
- Harga kit ujian kendiri akan disemak semula – Tengku Zafrul
- Belum 100 hari, Rina sudah gagal – Fuziah
Layari Laman Facebook MYKMU
Sanggup mengaku sepupu elak dicekup
You must be logged in to post a comment.