Marzuk perlu hati-hati agar tak melampaui bidang kuasa – Patriot

Marzuk perlu hati-hati agar tak melampaui bidang kuasa – Patriot

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary perlu berhati-hati untuk tidak melampaui bidang kuasanya dalam membuat sebarang kenyataan mengenai undang-undang syariah yang masih dalam proses, kata Persatuan Patriot Kebangsaan.

Presiden Patriot, Mohd Arshad Raji berkata, Marzuk memberi gambaran bahawa dia tidak mengetahui peranan Raja-raja Melayu dalam hal-hal berkaitan dengan agama.

“Dengan membuat kenyataan seperti itu, dia memberi gambaran bahawa dia terlalu ghairah dan tidak sensitif terhadap fabrik sosial kepelbagaian agama di negara kita.

“Dia juga memberikan gambaran bahawa dia seolah-olah tidak mengetahui peranan dan tanggungjawab raja-raja kita sebagai ketua dalam perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

“Marzuk perlu diingatkan bahawa dia telah melampaui tanggungjawabnya kerana Islam berada di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, Patriot ingin mendapatkan jawapan daripada timbalan menteri sama ada cadangan yang dikemukakannya telah dipersembahkan ke hadapan Raja-Raja Melayu untuk persetujuan baginda sekalian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sekiranya proses yang sewajarnya cacat, Patriot berkata Marzuk harus menarik balik kenyataanya dan memohon maaf atas kebimbangan yang ditimbulkan berikutan kenyataannya itu, terutama yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Baru-baru ini Marzuk berkata kerajaan berhasrat memperkenalkan empat undang-undang syariah baru, termasuk Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Selasa lalu menjelaskan bahawa RUU yang dicadangkan masih belum dibawa ke peringkat kabinet.

Selain itu, dia berkata semua negeri harus bersetuju dengan RUU tersebut sebelum ia boleh dibawa ke parlimen memandangkan perkara berkaitan agama berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Mk

Marzuk perlu hati-hati agar tak melampaui bidang kuasa – Patriot


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker