Sarawak beralih ke peringkat endemik – Abang Jo

Sarawak beralih ke peringkat endemik – Abang Jo

KUCHING: Keadaan pandemik di Sarawak kini telah beralih menjadi endemik apabila hampir semua kes Covid-19 dilaporkan melibatkan yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, berkata program vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di Sarawak sejak Februari lalu, berjaya meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengurangkan kesan serius akibat penyakit itu.

“Menurut pakar (kesihatan) keadaannya sama dengan kolera, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) dan Swine flu yang apabila (virus Covid) dapat dilawan, akan membawa ke peringkat disebut endemik, di mana kita hidup dengan virus tetapi kita ada sistem pertahanan dalam tubuh (untuk melindungi) kita.

“Kalaulah tidak ada vaksinasi mungkin keadaannya berlainan. Apabila seseorang itu sudah divaksinasi, dia akan mempunyai sistem daya tahan diri untuk melawan virus Covid-19,” katanya selepas meninjau pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 untuk remaja berumur 16 dan 17 tahun di Kampung Telaga Air, kira-kira 25 kilometer dari sini.

Beliau berkata, setakat ini Sarawak telah mencapai 88.9% liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi golongan dewasa yang layak atau 65.1% daripada keseluruhan populasi Sarawak dan peratusan ini akan terus bertambah memandangkan program vaksinasi masih berjalan. FMT

Sarawak beralih ke peringkat endemik – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lori sondol Myvi, pemandu Nik ceritakan pengalaman ngeri (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker