Apa nasib anak-anak Gadaffi
KEBANGKITAN dunia Arab atau Arab Spring pada tahun 2010 menyaksikan banyak pemerintah di Asia Barat yang tumbang. Salah seorang pemimpin yang pasti diingati ialah Presiden Libya, Muammar Gaddafi yang dijatuhkan sebelum dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada tahun 2011.
Namun, walaupun peristiwa pembunuhannya berlaku lebih lapan tahun lalu, Gaddafi masih mempunyai isteri dan dikatakan 10 orang anak yang meneruskan jalur keturunannya.
Hampir sedekad pemimpin tersebut dibunuh jadi apakah nasib yang dialami oleh isteri dan anak-anak pemimpin yang terkenal kerana lantang mengkritik Amerika Syarikat (AS) dan memerintah Libya selama lebih 42 tahun?
Berita mengenai anak-anaknya menjadi perhatian ramai selepas anak ketiga Gaddafi iaitu Saadi, 48, yang juga bekas pemain bola sepak profesional telah dibebaskan dari sebuah penjara di Tripoli pada Ahad lalu.
Semasa kebangkitan penduduk Libya pada tahun 2011, Saadi melarikan diri ke Niger tetapi akhirnya diekstradisi ke Libya pada tahun 2014 dan dipenjarakan sejak itu atas tuduhan membunuh jurulatih bola sepak di Libya. Saadi juga dituduh menembak mati para penunjuk perasaan anti-Gaddafi.
Bagaimanapun, dia dibebaskan atas tuduhan membunuh jurulatih tersebut pada tahun 2018 tetapi masih dipenjarakan sehingga dibebaskan pada Ahad lalu.
Dia kemudian dilaporkan menaiki penerbangan ke Turki selepas dibebaskan.
Mati ketika Arab Spring
Namun, tiga daripada tujuh anak bekas pemimpin Libya itu mati semasa kebangkitan penduduk Libya termasuk Mutassim, 36, yang dibunuh pada 20 Oktober 2011 oleh para pemberontak di Sirte.
Ia merupakan tempat kelahiran Gaddafi dan bekas pemimpin itu turut dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada 20 Oktober 2011.
Seorang lagi anak lelaki kedua bongsu Gaddafi, Seif al-Arab, 29, yang bukan komander juga terbunuh dalam satu serangan udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada waktu malam di sebuah vila di Bab al-Aziziya, Tripoli pada April 2011.
Sebelum dia maut dalam serangan itu, para pendakwa raya Jerman menggugurkan satu siasatan terhadapnya berhubung penyeludupan senjata api dan Seif pernah ditangkap polis kerana bergaduh dengan pengawal sebuah kelab malam di Munich.
Anak bongsu Gaddafi iaitu Khamis, 28, mati dalam pertempuran dengan kumpulan penentang bapanya pada 29 Ogos 2011 ketika kemuncak kebangkitan penduduk Libya menentang pemerintahan bekas pemimpin negara itu.
Namun, terdapat beberapa lagi anggota keluarga Gaddafi yang masih lagi hidup termasuk isterinya, Safiya dan anak lelaki sulungnya, Mohammed.
Mohammed adalah anak daripada perkahwinan pertamanya manakala anak perempuannya, Aisha tinggal di luar negara tersebut.
Seorang lagi anak bekas pemimpin itu, Seif Al-Islam Gaddafi, 49, tetapi dia kini dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda kerana dituduh melakukan jenayah menentang kemanusiaan.
Baru-baru ini, Seif memberitahu akhbar New York Times ketika diwawancara di Zintan, Libya bahawa dia akan kembali semula menyertai bidang politik dan tidak menolak kemungkinan akan bertanding dalam pilihan raya negara tersebut pada Disember depan.
Selepas Tripoli jatuh ke tangan kumpulan penentang Gaddafi pada Ogos 2011, Safiya, Mohammed dan Aisha melarian diri ke negara jiran, Algeria tetapi mereka kemudian diberikan taraf pelarian di Oman dengan syarat tidak boleh terlibat dalam aktiviti politik.
Aisha, 45, berkelulusan undang-undang itu merupakan anak hasil perkahwinan Gaddafi dengan isteri keduanya.
Seorang lagi anak Gaddafi iaitu Hannibal kini tinggal di Syria bersama isterinya yang merupakan seorang model dari Lubnan.
Dia yang terkenal dengan gaya ‘playboy’ pernah ditangkap di Switzerland pada tahun 2008 kerana menyerang dua bekas pekerja domestik.
Hannibal, 45, dilaporkan menjadi aktivis pembangkang di Syria dan isterinya itu dilaporkan pernah melanggar beberapa anggota polis dan orang awam dengan kenderaannya di Damsyik awal tahun ini. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Email Justo bakal buktikan Najib tidak bersalah
- Tolonglah KJ, kena bijak buat keputusan, tegur Peja
- Mahathir is against academic freedom – Maszlee
- Perang proksi Azmin dan Anwar makin sengit di NS
- Nourul Depp jalani pembedahan ketumbuhan pada rahim
- ‘Kalau salah, saya lawan’, Najib jawab netizen
- Tumbuk cermin masjid sebelum ditemui mati di rumah sewa
- Dua Beradik Tiri Bergaduh Dengan Orang Awam Di PPV Ditahan [VIDEO]
- Kerani curi duit syarikat RM4 juta ketika bos cuti sakit
- Senyuman manis Nur Dhabitah bikin netizen cuba jual minyak
- Resepi Bubur Pulut Hitam Durian
Layari Laman Facebook MYKMU