Visa Umrah, Arab Saudi cadang mekanisme baharu
Visa Umrah, Arab Saudi cadang mekanisme baharu
Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanisme baharu untuk pembelian pakej umrah dan mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara.
Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian.
Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan dikeluarkan melalui pengendali atau majikan untuk 25 orang atau lebih jemaah haji.
Ia akan dilakukan selepas menandatangani kontrak antara penyedia perkhidmatan umrah antara kerajaan dan ejen pelancongan berlesen mereka di negara masing-masing.
Mekanisme kedua adalah berdasarkan urus niaga antara pengendali dan pelanggan di mana seorang jemaah haji atau sekumpulan kecil jemaah dengan jumlah maksimum sembilan orang dapat masuk terus ke negara ini untuk menunaikan umrah.
Mereka boleh berbuat demikian dengan memilih program umrah yang diperlukan melalui portal dalam talian yang diluluskan, menurut laporan Al-Arabiya. HM
Visa Umrah, Arab Saudi cadang mekanisme baharu
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.