Pakar Perlembagaan sahkan ‘Usul Undi Percaya’ pada PM tiada keperluan
KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk pembangkang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan penilaian dibuat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memilih Perdana Menteri menerusi usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini memandangkan keabsahan seseorang Perdana Menteri itu wujud apabila beliau telah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong, mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani Surat Cara Pelantikan.
Beliau berkata, Perdana Menteri yang ada sekarang telah melalui kesemua proses itu.
“Selepas lalui proses itu maka Perdana Menteri dapat keabsahan untuk laksana tanggungjawab. Kalau kita kata perlu tunggu usul undi percaya di Dewan Rakyat baru dapat keabsahan, maknanya arahan Perdana Menteri sebelum pengesahan di Parlimen itu tidak sah dan kedudukannya boleh dipertikai.
“Bahkan (kedudukan) menteri-menteri pun boleh dipertikai kerana Perdana Menteri yang nasihat Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka, jadi saya rasa itu satu hujah yang tidak wajar,” katanya ketika menjadi panel webinar Intelektual Negara bertajuk “Usul Undi Percaya: Masih Perlukah? pada Ahad malam.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa yang luas dalam melantik Perdana Menteri, Muhammad Fathi menjelaskan bahawa Seri Paduka Baginda sangat teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sebarang keputusan memilih pemimpin nombor satu negara itu.
Jelas beliau, ini dibuktikan dengan tindakan Seri Paduka Baginda meminta Surat Akuan Bersumpah dari ahli Parlimen, memanggil 114 ahli Parlimen bagi mengesahkan kepercayaan mereka terhadap Ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri serta mengadakan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
“Dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan sudut moral sah, dari sudut kaedahnya sangat kukuh maka sepatutnya semua pihak terima dan move forward (terus mara) jangan tengok belakang terus bergerak laksanakan tanggungjawab,” katanya.
Menerusi pendekatan diambil Datuk Seri Ismail Sabri dalam mengadakan perbincangan dengan pembangkang dan memberi ruang kepada mereka untuk berada di dalam jawatankuasa penting kerajaan, Muhammad Fathi berpendapat ia merupakan satu perkara yang amat besar.
“Jadilah pembangkang baik dengan ruang yang ada ini, kita nak pembangkang yang kuat supaya proses semak imbang berjalan dengan hebat, dalam keadaan pembangkang kuat dan diberi peluang terlibat gunakan ruang ada untuk beri sumbangan pada negara,” katanya.
Senada dengan Muhammad Fathi, Pengerusi Kelab Usahawan dan Profesional Malaysia (KUPM), Datuk Dr Sr Kamarul Rashdan Salleh berkata, usul undi percaya tidak wajar diteruskan kerana faktor kestabilan negara, selain kerajaan perlu menumpukan kebajikan rakyat dari pelbagai sudut.
“Pengharapan biarlah usul undi percaya tidak berlaku, bukan kerana takut tapi dalam keadaan semua parti tiada majoriti, tapi berapa kali nak cerita benda sama,” katanya.
Kamarul berkata, polemik politik yang melanda negara ini tidak boleh diteruskan kerana ia akan menjejaskan seluruh perancangan kerajaan baharu.
“Saya yakin Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) akan memainkan peranan beliau dalam menasihati Seri Paduka tentang aspek undi percaya tidak perlu diadakan dan kerajaan perlu fokus dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya. – Bernama
Pakar Perlembagaan sahkan ‘Usul Undi Percaya’ pada PM tiada keperluan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
Usul undi percaya terhadap PM tiada dalam agenda Dewan Rakyat
You must be logged in to post a comment.