Mustahil PH tak tahu keputusan nyahwarta hutan Kuala Langat

Mustahil PH tak tahu keputusan nyahwarta hutan Kuala Langat

Tidak yakin dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Harapan Selangor dalam menangani isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata adalah mustahil apabila PH Selangor tidak tahu menahu berhubung keputusan tersebut.

“Saya ingin mengucapkan ‘syabas’ atas keprihatinan PH Selangor terutamanya pengerusi PH Selangor yang telah bermesyuarat bersama rakan komponen lain setelah beberapa hari membisu ekoran terbongkarnya penyahwartaan HSKLU secara senyap-senyap pada bulan Mei 2021.

“Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu, pengerusi PH Selangor yang kebetulan juga MB Selangor berjanji untuk membawa isu ini kepada MB Selangor serta barisan exco kerajaan negeri.

“Kerajaan PH Selangor sendiri yang nyahwarta hutan; semua parti ada wakil dalam exco kerajaan negeri dan mustahil tak tahu keputusan nyahwarta pada bulan Mei.

“Setelah kecoh, mereka sendiri acah bantah keputusan yang dibuat. Tiada mohon maaf, tiada mengaku terkhilaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cadangan pembangunan HSKLU menjadi perhatian selepas kerajaan Selangor mendedahkan mereka telah menyahwartakan separuh hutan simpan tersebut pada Mei lalu.

Pada 12 Ogos lalu, kerajaan negeri menerbitkan warta yang menyatakan bahawa sekitar 536.7 hektar hutan simpan Kuala Langat Utara bukan lagi tanah hutan simpan kekal.

Penyahwartaan itu bukan saja mendapat bantahan daripada NGO alam sekitar, malah turut dibantah oleh wakil rakyat PH sendiri.

Berikutan itu PKR memanggil Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari untuk menjelaskan perkara berkenaan.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, menteri besar bersetuju untuk “menangguhkan” penyahwartaan itu tetapi Amirudin masih belum tampil untuk mengesahkan perkara tersebut.

Pun begitu, Amirudin disahkan telah diberi mandat oleh Pakatan Harapan Selangor untuk membawa perkara itu ke dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada Rabu (8 Sept) untuk perbincangan lanjut. mK

Mustahil PH tak tahu keputusan nyahwarta hutan Kuala Langat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker