Idea 3 TPM atas dasar kepentingan politik rugikan rakyat

Idea 3 TPM atas dasar kepentingan politik rugikan rakyat. Meskipun hanya cadangan, tetapi idea mewujudkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri langsung tidak relevan, bahkan hanya membazir kerana tidak memberi kepentingan kepada rakyat dan negara.

Sebelum ini, Setiausaha Agung parti tamak haloba DAP, Lim Guan Eng berkata, cadangan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri merangkumi pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung boleh direalisasikan jika Pakatan Harapan (PH) kembali memerintah negara.

Dakwanya, menafikan jawatan nombor dua negara itu seolah-olah menafikan hak rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan.



Penganalisis politik, Dr Syed Agil Syed Alsagoff menyifatkan cadangan itu sebagai suatu pembaziran sekiranya skop fungsi dan peranan yang diwujudkan tidak berfokus atau semata-mata berteraskan kepada kepentingan politik yang merugikan rakyat dan negara.

“Aspek yang harus difikirkan ialah bagaimana penyusunan Kabinet, dalam keadaan apa sekalipun bentuknya akan memberi manfaat secara optimum kepada pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

“Bahkan mampu memacu negara ke tahap yang dinamik, lebih baik serta menggambarkan identiti dan reputasi kerajaan berdasarkan prestasi dan pencapaian kerajaan itu sendiri selama mana ia memerintah negara tersebut,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan, penyusunan Kabinet dalam pentadbiran sangat bergantung kepada beberapa faktor iaitu fungsi, peranan dan misi Kabinet berkenaan untuk mengurus, menyelesaikan masalah dan memperkasa fungsi kerajaan demi kebaikan, kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta negara.



Selain itu, ia juga bergantung kepada persefahaman dan penyatuan komponen parti-parti politik supaya mewujudkan keseimbangan fungsi dan pengaruh politik demi mewujudkan kesejahteraan dan kemakmuran.

“Hal ini juga menggambarkan tidak semestinya semua komponen parti politik yang memerintah akan bekerjasama dalam Kabinet tetapi mereka boleh bekerjasama di luar Kabinet dengan menganggotai pelbagai jawatan kuasa yang dilantik oleh kerajaan.

“Ketiga, bagaimana penyusunan Kabinet itu akan menggambarkan pengurusan peringkat tertinggi kerajaan secara kolektif dan memberikan kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan masyarakat terhadap kewibawaan sesebuah kerajaan.

“Ini bermakna bahawa setiap perjawatan dalam Kabinet itu harus menggambarkan keseimbangan fungsi dan peranan kerajaan untuk memacu negara ke arah dinamika hala tuju dan wawasan yang telah dilakarkan,” katanya.



Beliau turut mengingatkan bahawa penyusunan Kabinet bukan sekadar ‘mengambil hati’ setiap komponen parti politik tetapi ia suatu tanggungjawab bersama untuk membina dan memajukan negara serta menjaga kepentingan rakyat.

Idea 3 TPM atas dasar kepentingan politik rugikan rakyat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Masa untuk UMNO wujudkan kestabilan politik, pentadbiran telus



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker