DAP bertemu Azalina, sokong sebagai speaker Dewan Rakyat
DAP bertemu Azalina, sokong sebagai speaker Dewan Rakyat
DAP telah menghubungi Ahli Parlimen Penggerang dan anggota Majlis Tertinggi Umno, Azalina Othman untuk membincangkan isu-isu pembaharuan parlimen dan kemungkinan menyokongnya sebagai speaker Dewan Rakyat.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata parti itu telah menghantar timbalan pengerusi kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo untuk bertemu Azalina berhubung cadangannya untuk mengadakan pilihan raya pecat (recall election) bagi menangani isu wakil rakyat yang melompat parti.
“DAP bersedia untuk berbincang lebih lanjut dengannya jika dia serius untuk mengemukakan namanya bagi menggantikan Azhar Harun sebagai speaker Dewan Rakyat,” kata Lim.
Lim berkata “kepatuhan” Azhar kepada badan eksekutif telah merosakkan imej dan kredibiliti parlimen, dan justeru dia perlu ditukarkan.
Azalina, kata Lim, dalam beberapa bulan lalu dilihat ke hadapan dalam menganjurkan reformasi institusi parlimen.
“Azalina mesti menyusun rancangan tentang bagaimana mengelakkan parlimen menjadi sebagai rubber stamp untuk perdana menteri semata-mata dan mendaulatkan parlimen seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Rakyat mahu parlimen menjadi institusi demokrasi utama yang menjadikan kehidupan yang lebih positif bagi rakyat Malaysia,” kata Lim.
Lim merujuk kepada laporan Malaysiakini yang memetik sumber yang mendakwa Umno bercadang mencalonkan Azalina sebagai speaker baru Dewan Rakyat.
Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi yang juga anggota parlimen Bagan Datuk dilapor akan mengemukakan usul berkenaan ketika parlimen bersidang pada 13 September.
Azhar dilantik sebagai speaker melalui usul yang dikemukakan oleh perdana menteri sebelum ini Muhyiddin Yassin pada bulan Julai tahun lalu.
Pada penghujung Julai lalu, keengganan Azhar membenarkan pembentangan usul bagi membatalkan undang-undang darurat – sebagaimana yang dititah oleh Yang di-Pertuan Agong bagi memenuhi Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan- dipertikaikan. Mk
DAP bertemu Azalina, sokong sebagai speaker Dewan Rakyat
Baca Artikel Menarik :
- Ditaja Sugar Daddy, Farahdhiya tampil jawab
- Buka sekolah untuk calon peperiksaan saja
- 116 NGO kecewa Muhyiddin dilantik semula, tuntut penstrukturan semula MPN
- Kejatuhan perkhidmatan awam mula ketika Mahathir jadi PM – bekas diplomat
- Idris jawab Siti Kassim: Jam tangan Buruj, bukan Rolex
- UMNO sudah ingatkan jangan hidupkan PN 2.0
- 10 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang Latif Romly
- Resepi Talam Ubi Kayu Sukatan Cawan
- Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali
- Perang rasuah Mahathir sebenarnya cuma kempen terhadap Umno
- Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC – PM Ismail Sabri
Layari Laman Facebook MYKMU
Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul
You must be logged in to post a comment.