Tragedi kepala air: Sekolah terjejas, RM2.4 juta untuk anda

Tragedi kepala air: Sekolah terjejas, RM2.4 juta untuk anda. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan kira-kira RM2.4 juta untuk membaik pulih kerosakan empat sekolah akibat banjir lumpur susulan fenomena kepala air Gunung Jerai di sini pada 18 Ogos lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, empat sekolah terjejas adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yan; Sekolah Kebangsaan (SK) Langkasuka; Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) York Khoon dan SK Haji Nyak Gam.

“Secara keseluruhan, sejumlah RM2.4 juta diperuntukkan untuk sekolah di Yan bagi membaiki kemudahan dan menggantikan aset rosak akibat banjir tersebut.

“Projek-projek ini dipastikan dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan sekolah dalam keadaan baik dan tersedia apabila sampai masa untuk dibuka kelak,” katanya selepas lawatan kerja ke SK Haji Nyak Gam di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Mengulas lanjut, Mohd Radzi berkata, empat sekolah itu antara empat sekolah di daerah berkenaan yang terjejas teruk dimasuki selut hingga mencapai paras lebih setengah meter.

“Ada sekolah menerima peruntukan banyak dan ada yang dapat sedikit namun keseluruhannya RM2.4 juta untuk sekolah terlibat.

“Berdasarkan lawatan ke beberapa sekolah, ada tambahan peruntukan untuk sekolah terlibat berdasarkan keperluan yang perlu diambil tindakan segera,” kata beliau lagi.

Menurut Mohd Radzi, empat sekolah terkesan teruk akibat fenomena kepala air pada Ogos lalu mampu dibaik pulih sebelum sekolah dibuka tidak lama nanti.

“Boleh, berdasarkan pemantauan. Saya sudah maklumkan kepada Pengarah Pendidikan Kedah serta Ketua Setiausaha (KSU) supaya kerosakan dipulihkan segera bagi memastikan murid sekolah yang terkesan akibat banjir dapat kembali seperti sedia kala apabila dibuka kelak,” katanya.

Tragedi kepala air: Sekolah terjejas, RM2.4 juta untuk anda


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan Terhantuk Baru Terngadah, KPM Perlu Pastikan Langkah Betul, Tepat – Ahmad Zahid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker