Wan Junaidi mahu laksana janji reformasi parlimen PH yang tidak ditepati

Wan Junaidi mahu laksana janji reformasi parlimen PH yang tidak ditepati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berikar untuk memodenkan sistem Parlimen dengan menyingkirkan undang-undang dan peraturan pra-merdeka, selain menjadikannya sebagai badan bebas dari kuasa eksekutif.

Oleh itu, kementeriannya akan membentuk satu jawatankuasa bersama dengan pihak Parlimen bagi memastikan pembaharuan yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan cepat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Junaidi mengatakan tiga perkara utama telah dibangkitkan dalam pertemuan dengan speaker Dewan Rakyat Azhar Harun dan speaker Dewan Negara, Rais Yatim semalam.

Yang pertama adalah menghidupkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA).

PSA dimansuhkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1992.

Menghidupkan semula akta itu memberi Parlimen kemampuan untuk menguruskan secara pentadbiran dan kewangan, dan bukannya berada di bawah bidang kuasa eksekutif seperti sekarang.

Perkara ini sebelumnya merupakan salah satu janji reformasi Pakatan Harapan (PH), yang tidak ditepati selama 22 bulan berkuasa.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata terdapat juga cadangan untuk mewujudkan akta baru Parlimen bagià menggantikan Akta Hak Istimewa & Kuasa Parlimen 1952.

“Akta yang ada sekarang sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai untuk landskap politik pada abad ke-21.

“Daripada mengubahnya, lebih baik kita tampil dengan akta parlimen baru yang lebih komprehensif, inklusif dan lengkap.

“Ini juga untuk mengikuti apa yang sedang dibuat oleh kebanyakan negara komanwel seperti Australia, Kanada, New Zealand dan India,” katanya.

Wan Junaidi berkata terdapat juga perbincangan untuk meminda perintah dan peraturan tetap untuk kedua-dua dewan di Parlimen.

Jelasnya banyak peraturan diguna pakai ketika ini adalah peninggalan sebelum kemerdekaan, dan kemudian pindaan perlu dilakukan untuk memodenkan Parlimen dan memperkasakannya.

Dia berkata Azhar dan Rais menerima cadangan itu secara positif dan akan menyerahkan laporan cadangan itu kepada Kabinet untuk.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini telah menandatangani pernyataan bersama dengan pemimpin PH yang berjanji akan memperkukuhkan sistem Parlimen. Mk

Wan Junaidi mahu laksana janji reformasi parlimen PH yang tidak ditepati


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker