Tiga mahasiswa bakar kampus kini diburu Polis

Tiga mahasiswa bakar kampus kini diburu Polis. Seramai lapan mahasiswa dari Institut Islam Negeri Madura di Pamekasan didakwa terlibat membakar kampus pengajian itu semasa rusuhan yang berlaku dua bulan lalu.

Lapor Suara.com, daripada jumlah itu, seramai lima orang dikenal pasti sebagai suspek, sementara, tiga yang lain masih dalam buruan pihak polis.

Oleh itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Pamekasan, Jawa Timur menggesa tiga mahasiswa tersebut menyerahkan diri bagi memudahkan siasatan pihak berkuasa.

30 Julai lalu, beberapa mahasiswa dilaporkan mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut kos pengajian diturunkan di kampus itu.

Aksi tunjuk perasaan yang berlangsung dalam keadaan tenang kemudian bertukar menjadi tegang sehingga berlaku kerosakan pada kemudahan kampus akibat dibakar.

Tiga mahasiswa bakar kampus kini diburu Polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki maut dalam kereta terbakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker