Lelaki maut dalam kereta terbakar

Lelaki maut dalam kereta terbakar

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas, melanggar sebuah lori serta penghadang jalan dan terbakar, dalam nahas di Kilometer 407, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Hulu Selangor, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.14 petang.

“Seramai lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Sentosa dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan kereta jenis Ssangyong yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah lori dan penghadang jalan di lokasi berkenaan.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta mangsa terbakar. Mangsa dikatakan tersepit di dalam kenderaan dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan selepas api dipadamkan. Setakat ini, identiti mangsa belum dapat dipastikan,” katanya. FMT

Lelaki maut dalam kereta terbakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker