Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada menerima aduan terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kerana dikatakan menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah.
Individu terbabit didakwa menggunakan kuasanya untuk mengubah keputusan yang dibuat pada 6 Ogos lalu iaitu penangguhan pemilihan Umno sebagai tidak sah kepada sah.
Sumber memaklumkan, pegawai kanan itu didakwa meluluskan penangguhan pemilihan Umno sehingga Disember 2022 bagi tempoh 18 bulan menerusi sepucuk surat bertarikh 30 Ogos lalu.
Kata sumber, aduan berkenaan diterima daripada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat itu.
“Mereka mengesyaki berlakunya perbuatan salah guna kuasa dan rasuah untuk mempengaruhi perubahan keputusan oleh segelintir ahli politik yang cenderung kepada pemimpin tertentu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan ada menerima aduan terbabit namun enggan mengulas lanjut.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, memaklumkan RoS membatalkan keputusannya sebelumnya.
Beliau mengesahkan ada menerima surat pemakluman daripada RoS mengenai keputusan itu pada hari yang sama.
Katanya ketika itu, berdasarkan semakan kepada keterangan dan dokumen tambahan yang beliau dan peguam Umno berikan pada 9, 11 dan 18 Ogos lalu serta beberapa keterangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 24 Ogos, didapati keputusan penangguhan pemilihan parti itu untuk penggal 2021/2023 dibuat secara teratur.
Maka, pemilihan jawatan Umno untuk MKT, bahagian dan cawangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kepada RoS iaitu sebelum 29 Disember ini.
Umno sebelum ini dilaporkan menangguhkan pemilihannya di semua peringkat cawangan, bahagian dan MKT selama 18 bulan bermula 30 Jun lalu.
Pada 6 Ogos lalu, RoS menetapkan keputusan MKT Umno pada 7 Julai lalu untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan adalah tidak sah.
Ketetapan itu dibuat berikutan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun lalu.
Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Petugas bertempiaran lari, pemandu ‘gila’ rempuh khemah SJR
- Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak
- Ezurin Seksi Depan Anak, Ini Responnya
- Papagomo digantung enam tahun
- Potong Rambut Gaya al-Qaza’, Haram Hukumnya?
- Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis
- TMJ Ditanya Alasan Tak ‘Posting’ Pasal Hari Kemerdekaan..Ini Jawapannya…
- Resepi Sotong Cili Padi Petai
- Pendakwaan gagal lagi lucutkan hak Umno pada dana RM192j
- Parodi PKP, Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon
- ‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’
Layari Laman Facebook MYKMU
ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO