Keputusan ‘tiba-tiba’, persatuan farmasi kritik harga siling kit ujian kendiri Covid-19

Keputusan ‘tiba-tiba’, persatuan farmasi kritik harga siling kit ujian kendiri Covid-19

Persatuan Farmasi Malaysia mengkritik cara Putrajaya mengumumkan harga siling bagi kit ujian kendiri Covid-19 kerana sukar menjual stok sedia ada yang dibeli pada kadar lama.

Presidennya Amrahi Buang menyelar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana mendakwa harga itu ditetapkan hasil perbincangan dengan pemegang taruh.

“Harga siling sebenar untuk kit ujian kendiri tidak dibincangkan dengan pemegang taruh dalam industri. Adalah tidak profesional untuk kementerian itu mendakwa begitu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyifatkan keputusan kementerian itu sebagai “tiba-tiba” dan menyoal kenapa tempoh tangguh tidak diberikan kepada pemain industri untuk melupuskan stok sedia ada.

Katanya, pengumuman kementerian itu serupa dengan apa yang berlaku ketika pengumuman berkaitan kawalan harga untuk pelitup muka.

“Ia dilakukan secara tidak teratur, tanpa perancangan atau pemberian notis sewajarnya kepada pemegang taruh,” katanya.

Amrahi berkata, tanpa tempoh tangguh diberikan, kementerian mesti membenarkan farmasi memulangkan stok yang dibeli pada harga lebih tinggi, atau memastikan pembekal mensubsidi kosnya.

Terdahulu hari ini, kerajaan menetapkan harga siling untuk kit ujian kendiri Covid-19, dengan harga borong ditetapkan pada RM16 seunit manakala harga runcit RM19.90 seunit. Harga siling ini berkuat kuasa 5 September.

Buat masa ini, kit ujian kendiri di pasaran berharga antara RM28 hingga RM41.

Amrahi turut menggesa kementerian mensubsidi kos kit ujian kendiri untuk farmasi komuniti.

“Sebagai orang Sarawak, menteri itu sepatutnya tahu kos logistik untuk kit ujian kendiri dihantar ke Sabah, Sarawak dan Labuan tetap tinggi,” katanya merujuk kepada Alexander Nanta Linggi.

Sementara itu, mengulas amaran menteri berkenaan bahawa tindakan akan diambil terhadap individu atau syarikat yang didapati menjual kit berkenaan dengan harga lebih tinggi daripada harga siling, Amrahi berkata pihak berkuasa sepatutnya memfokuskan terhadap mengekang penjualannya secara haram dalam talian.

“Tiba masa juga penguat kuasa melakukan pemeriksaan mengejut di farmasi bukan komuniti serta kemudahan penjagaan kesihatan swasta, seperti kedai ‘DIY’.
FMT

Keputusan ‘tiba-tiba’, persatuan farmasi kritik harga siling kit ujian kendiri Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker