Sanggup lepaskan status kerabat, Puteri Jepun kahwini rakyat biasa tahun ini

Sanggup lepaskan status kerabat, Puteri Jepun kahwini rakyat biasa tahun ini. Anak saudara kepada Maharaja Jepun kekal dengan keputusan untuk mengahwini teman lelakinya dan melepaskan status diraja, lapor media tempatan pada Rabu.

Puteri Mako bakal mengahwini Kei Komuro akhir tahun ini dan perkahwinan itu akan berlangsung tanpa upacara ritual yang berkaitan, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kyodo News.

Ini menjadikan Mako, puteri sulung Putera Mahkota Fumihito sebagai wanita pertama tidak melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi selepas Perang Dunia II.

Pasangan berusia 29 tahun itu pertama kali bertemu di universiti di Tokyo pada 2012, dan kemungkinan memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat.

Di bawah peraturan semasa, wanita daripada keluarga diraja dilucutkan status kerabat jika mengahwini rakyat biasa.

Adinda Mako, Putera Hisahito, 14, kini berada di kedudukan kedua mewarisi takhta dan satu-satunya pewaris generasinya di bawah undang-undang diraja Jepun, berdasarkan peraturan “hanya lelaki dengan salasilah keturunan maharaja” layak mewarisi takhta.

Sanggup lepaskan status kerabat, Puteri Jepun kahwini rakyat biasa tahun ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Puteri Kesayangan Shah Rukh Khan Tayang ‘Aset’, Membuatkan Ramai Yang Terpesona [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker