Nyahwarta HSKLU: Otai Reformis gesa undi tak percaya terhadap MB Selangor

Nyahwarta HSKLU: Otai Reformis gesa undi tak percaya terhadap MB Selangor

Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, Otai Reformis menggesa undi tidak percaya ke atas Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dibuat berikutan keputusan kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7ha Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) untuk dibangunkan.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail juga mendesak 10 ahli Exco Kerajaan Negeri yang meluluskan sebulat suara nyahwarta hutan Simpan Kuala Langat Utara pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 5 Mei lalu, segera meletakkan jawatan.

Semalam, Razak berkata Otai Reformis melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan keputusan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang telah bersetuju menyahwartakan 536.7ha HSKLU untuk dibangunkan.

Razak berkata kelulusan itu seolah-olah kerajaan negeri tidak mengambil serius bantahan lebih 50,000 rakyat termasuk masyarakat tempatan, Orang Asli dan NGO alam sekitar.

Exco Alam Sekitar, Hee Loy Sian pada Isnin berkata, kerajaan Selangor bersetuju menyahwartakan 536.7ha hutan berkenaan untuk dibangunkan.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco pada 5 Mei lalu berdasarkan Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara 1984.

HSKLU yang diwartakan pada 13 Mei 1927, terletak di mukim Tanjung 12, daerah Kuala Langat mula menjadi perhatian umum susulan notis penyiasatan awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun lalu.

Malah usaha untuk membangunkan tanah kawasan tersebut dibantah hebat NGO alam sekitar dan masyarakat Orang Asli. FMT

Nyahwarta HSKLU: Otai Reformis gesa undi tak percaya terhadap MB Selangor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker