Lelaki kurang siuman tetak rakan guna parang
Lelaki kurang siuman tetak rakan guna parang
Perkelahian antara dua rakan warga asing akhirnya mencetuskan pergaduhan sehingga mengakibatkan salah seorangnya dikelar dengan senjata tajam.
Suspek yang disyaki kurang siuman kemudiannya lari menyembunyikan diri dalam belukar di sebuah taman perumahan di sini sebelum berjaya dicekup polis tidak sampai dua jam selepas kejadian.
Insiden yang berlaku di kawasan perumahan di ibu negara itu mengakibatkan mangsa telah mengalami kecederaan serius di anggota badannya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, kejadian berlaku semalam pukul 9.13 malam di mana satu laporan telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan yang menyaksikan pergaduhan itu.
“Siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku semalam jam 8.20 malam semasa pengadu sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Dewan Masyarakat (DBKL) Taman Sri Sentosa.
“Dalam kejadian ini, salah seorang lelaki tersebut dipercayai warganegara asing yang kurang siuman telah menggunakan parang menetak mangsa dan suspek kemudian terus melarikan diri ke arah semak di belakang dewan lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Basri, mangsa yang tercedera dalam kes ini juga disyaki merupakan warganegara asing berumur 32 tahun.
WhatsApp-Image-2021-09-02-at-4.14.07-PM-1.jpeg?resize=640%2C853&ssl=1
Seorang warga asing berusia 32 tahun mengalami kecederaan serius selepas ditetak dengan parang oleh rakannya disyaki kurang siuman dalam kejadian jam 8.20 malam di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur semalam. Gambar Ihsan: IPD Brickfields.
Ujarnya, pemeriksaan lanjut polis mendapati mangsa telah mengalami kecederaan serius di pipi, leher dan siku sebelah kiri akibat dikelar oleh suspek.
“Soal siasat lanjut mendapati, pengadu bagaimanapun tidak mengenali kedua-dua lelaki asing tersebut.
“Rentetan kejadian ini, pada pada hari yang sama lebih kurang jam 10.00 malam sepasukan Polis dari IPD Brickfields telah pergi ke kawasan belukar yang terletak di belakang Stesen Minyak Petronas, Taman Sri Sentosa sebelum berjaya menangkap seorang lelaki disyaki warganegara asing berumur 31 tahun bagi membantu siasatan.
“Lokasi tangkapan adalah di dalam belukar jarak lebih kurang 800 meter dari tempat kejadian pergaduhan itu dan polis telah membuat rampasan barang kes berupa pakaian yang dipercayai digunakan oleh suspek semasa kejadian,” katanya.
Suspek telah dihadapkan di mahkamah hari ini dan telah dibenarkan direman di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 (Pin 2002) bermula hari ini hingga 16 September ini untuk membantu siasatan polis.
Tegas Basri, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek menunjukkan keputusan negatif.
Justeru katanya, pasukannya mendapatkan bantuan kepakaran daripada Unit Anjing Pengesan K9 Polis Diraja Malaysia dan pihak Forensik di lokasi kejadian untuk mengesan barang kes disyaki parang yang disyaki digunakan oleh suspek.
“Namun kita gagal menjumpai senjata parang yang digunakan suspek semasa kejadian itu malah motif kejadian masih belum dapat dipastikan kerana mangsa dan suspek tidak memberikan kerjasama kepada polis dan enggan bercakap untuk membantu siasatan,” katanya.
Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pin 2002) kerana tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia.
Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. MG
Lelaki kurang siuman tetak rakan guna parang
Baca Artikel Menarik :
- Petugas bertempiaran lari, pemandu ‘gila’ rempuh khemah SJR
- Angkara khianat, surau dikotori najis, kitab suci dikoyak
- Ezurin Seksi Depan Anak, Ini Responnya
- Papagomo digantung enam tahun
- Potong Rambut Gaya al-Qaza’, Haram Hukumnya?
- Tolak Vaksin, Anak Ellie Buat Laporan Polis
- TMJ Ditanya Alasan Tak ‘Posting’ Pasal Hari Kemerdekaan..Ini Jawapannya…
- Resepi Sotong Cili Padi Petai
- Pendakwaan gagal lagi lucutkan hak Umno pada dana RM192j
- Parodi PKP, Azman Naim dapat tawaran menyanyi dan berlakon
- ‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’
Layari Laman Facebook MYKMU
Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat