Bekas Panglima ATM antara calon BN Parlimen Kemaman

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (Bersara) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor antara tiga calon akan dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, pada 2 Disember ini.

Dua lagi nama yang dijangka akan dipertaruhkan adalah pegawai Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan, Norzilam Mohamed dan bekas Ketua Pemuda UMNO Kemaman, Hashim Ali.

Difahamkan, nama Raja Mohamed Affandi, 65, dilahirkan di Besut, pernah tersenarai sebagai calon untuk di Parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.

Difahamkan, walaupun Raja Mohamed Affandi dilahirkan di Besut, tetapi ibu bapa dan saudara maranya menetap di Kemaman.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku ketika dihubungi mengesahkan nama Raja Mohamed Affandi antara yang tersenarai sebagai calon BN akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Kemaman.

Selain Raja Mohamed Affandi, katanya, beberapa lagi nama turut tersenarai dan dihantar untuk dipilih Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengumumkan calon yang akan dipertaruhkan BN untuk bertanding di Parlimen Kemaman pada mesyuarat MKT esok,” katanya.

Ketika diminta mengulas calon payung terjun, Nik Dir yang juga Ketua Bahagian UMNO Marang, berkata tiada calon daripada luar Terengganu disenaraikan untuk dipertaruhkan BN bagi merampas kerusi Parlimen Kemaman.

“Semua calon yang disenaraikan di peringkat negeri dan dihantar ke MKT adalah calon tempatan.

“Kita berpendapat, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri akan memuktamadkan senarai calon yang dipilih di peringkat akar umbi dan negeri,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi UMNO negeri, Datuk Ser Dr Ahmad Said, yang dilantik sebagai pengarah PRK Kemaman, memberi bayangan bahawa calon yang akan dipertaruhkan pada PRK Kemaman adalah individu yang terkenal dan antara nama-nama terkemuka negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini, dan hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November ini.

PRK Parlimen Kemaman diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya negeri membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker