Dapat Sambutan Hangat, PU Riz Syukur 200,000 Pelitup Muka Terjual Dalam Masa Tiga Jam!

Dapat Sambutan Hangat, PU Riz Syukur 200,000 Pelitup Muka Terjual Dalam Masa Tiga Jam!

MASIH mengunci mulut mengenai spekulasi kehamilan isteri, namun Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail melahirkan rasa syukur apabila pelitup muka keluaran syarikatnya habis dijual dalam masa tiga jam dilancarkan.

Menurut Haris, dia tidak menjangkakan pelitup muka itu mendapat sambutan luar biasa dengan terjual sebanyak 220,000 helai pada Selasa

Neelofa dan suaminya, PU Riz telah melancarkan produk baharu menerusi syarikat yang diusahakan bersama iaitu Markaz Tijaari.

Kata suami kepada selebriti Neelofa itu, produk berkenaan sepatutnya dilancarkan kepada orang ramai pada malam rabu.

Untuk pengetahuan anda, pelitup muka atau dikenali sebagai NUNHA Mask telah dilancarkan secara rasmi semalam dan apa yang mengejutkan tidak sampai 3 jam dilancarkan kesemua pelitup muka habis dibeli peminat. Hal itu ditu dikhabarkan sendiri oleh PU Riz di Instagram miliknya.

Difahamkan, sebanyak 220,000 helai pelitup muka terjual. NUNHA Mask ini hadir dengan dua jenis pelitup muka iaitu earloop dan headloop.

“Alhamdulillah saya tidak menjangkakan sambutan begini menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam lepas dah habis ditempah.

“Sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tapi dah habis dibooking. Tapi jangan bimbang kita dalam usaha untuk menambah stok,” katanya kepada mStar.
Terdahulu, Haris atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini juga memberitahu produknya itu juga mempunyai kelebihan iaitu empat lapisan berbanding yang dijual di pasaran.
Tambah pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini, pihaknya juga merancang untuk menambah beberapa koleksi warna untuk
keluaran akan datang.

View this post on Instagram

A post shared by MARKAZ TIJAARI (@markaztijaari)

“Pelitup muka keluaran kita ini mempunyai kebaikan tambahan iaitu empat lapisan berbanding yg dijual di market.
“Kita dah rancang untuk keluar sejak Disember lalu tapi ambil masa sedikit disebabkan kami ingin pastikan ia betul betul berkualiti.
“Buat masa ini hanya warna putih dan Insyallah akan datang kami keluarkan pelbagai warna,” ujarnya.
Markaz Tijari sebelum ini mengeluarkan beberapa produk makanan tambahan dan pakaian yang turut mendapat sambutan menggalakkan.
Untuk rekod, Markaz Tijaari adalah usaha Haris dan Neelofa membantu rakyat Malaysia terutama golongan suri rumah dan pelajar yang mahu menambah pendapatan

Ada ke yang sempat membeli pelitup muka ini semalam?

Dapat Sambutan Hangat, PU Riz Syukur 200,000 Pelitup Muka Terjual Dalam Masa Tiga Jam!


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Speaker nafi tolak 15 usul untuk beliau kosongkan jawatannya

Mohon berikan bantuan sama rata

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker