Lelaki tumbuk wanita hanya didenda RM2,000

Aktivis hak wanita terkilan denda RM2,000

SEORANG aktivis hak wanita mengkritik denda RM2,000 yang dikenakan ke atas seorang lelaki yang menyerang seorang wanita kerana membunyikan hon di tempat parkir kereta sebuah kondominium di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini berkata, jumlah denda itu membawa mesej tidak baik kepada rakyat.

Pengurus Program dan Operasi Persatuan Tindakan Semua Wanita (AWAM), Nisha Sabanayagam menyifatkan kejadian yang menimpa mangsa itu mengerikan dengan hukuman sepatutnya disertakan dengan penjara dan khidmat masyarakat serta syarat untuk menghadiri kaunseling menangani kemarahan.

Beliau diminta mengulas kes seorang lelaki disabitkan bersalah kerana mendatangkan kecederaan dengan menumbuk muka seorang wanita yang membunyikan hon terhadapnya berulang kali selepas mangsa selesai meletakkan keretanya.

“Dengan tidak memberikan hukuman setara ke atas jenayah itu, hakim menghantar mesej, sistem perundangan menganggap bentuk keganasan berdasarkan jantina ini sebagai jenayah kecil-kecilan.

“Ini menunjukkan nilai wanita dalam masyarakat direndah-rendahkan dan sikap berat sebelah mereka terhadap lelaki.

“Sekiranya mangsa adalah lelaki, kemungkinan dia yang dipukul sedemikian lebih kecil. Undang-undang dibuat untuk mencegah, bukan sekadar saluran formaliti bagi menunjukkan kita mempunyai struktur undang-undang tertentu,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Wanita, Sheena Gurbakhash berkata, masih ada ruang untuk mangsa mengambil tindakan sivil terhadap pelaku.

“Terdapat kesalahan yang boleh dikenakan tindakan sivil untuk serangan.

“Jadi, jika anda memukul seseorang, mereka boleh saman anda di bawah kesalahan berkaitan untuk mendapatkan penyelesaian sivil,” ujar beliau.

Roger Chan, peguam hak asasi manusia berkata, walaupun denda RM2,000 itu adalah hukuman maksimum di bawah Kanun Keseksaan untuk kesalahan terbabit, pihak pendakwaan mempunyai pilihan untuk menaikkan tahap hukuman.

“Jika pihak pendakwaan berpendapat sesuatu hukuman tidak memadai, mereka boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi untuk meningkatkan hukuman, termasuk mengenakan hukuman penjara,” katanya. SM

Penjenayah selamba rentap rantai emas, tumbuk wanita

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker