Rahsia Kambing Disebut Dalam Hadis Rasulullah

Rahsia Kambing Disebut Dalam Hadis Rasulullah, Patutlah Harganya Mahal!

Di dalam sebuah hadis disebutkan bahawa pada kambing ada keberkatan. Daripada Ummu Hani, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Peliharalah kambing sesungguhnya padanya ada keberkatan.” – HR Imam Ahmad

Hadis ini statusnya sahih. Yang jelas ia tidak sebutkan pada binatang lain kecuali kambing. Apabila berkata begitu tentu ada penerangannya?

Menurut Mohd. Khafidz Soroni, Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) apabila menyebut keberkatan ia tidak semestinya yang tidak dapat dilihat, tetapi termasuk yang boleh dilihat.

Misalnya khasiat kambing itu dari segi kesihatan, susunya dan manfaatnya kepada manusia adalah termasuk di dalam keberkatan yang boleh dilihat. Kajian sains telah membuktikan bahawa daging kambing adalah yang terbaik dan susunya mempunyai pelbagai khasiat. Malah daging kambing adalah penawar, sesiapa yang tidak mempunyai masalah darah tinggi apabila mengamalkan makan daging tersebut akan dapat mengelakkan penyakit itu.

Manakala keberkatan yang tidak nampak pula adalah memelihara kambing itu sunah. Apabila disebut sunah maka sesiapa yang memeliharanya akan mendapat pahala kerana mengikut sunah Rasulullah. Jadi peliharalah kambing dengan niat untuk mengikut sunah maka ada ganjaran pahala untuknya.

Kambing Binatang Syurga

Ada satu lagi hadis yang jarang disebut tapi boleh digunakan, statusnya hasan kedudukannya adalah tempat kedua selepas sahih. Hadis itu diriwayatkan Ibn Majah, bersabda Rasulullah s.a.w,

“Bahawa kambing ialah antara binatang syurga.”

Kemudian ada lagi satu hadis yang lebih panjang sedikit, “Sembahyanglah di kawasan gembala kambing dan sapulah air liurnya sesungguhnya ia adalah dari binatang syurga.” – HR Ibn Haddi & al Bihaqqi

Para ulama memberikan tafsiran “binatang syurga” berkemungkinan membawa maksud binatang yang turun dari syurga ataupun binatang yang ada di syurga. Berkemungkinan di sini bermaksud kedua-duanya boleh diterima pakai dan tidak ada yang boleh diambil sebagai lebih tepat.

Hakikatnya, ia hanya diketahui oleh Allah. Kebanyakan ulama hanya berpegang kepada zahir hadis iaitu syurga adalah syurga.

Sebenarnya di dalam memahami hadis, zahir hadis kena dipegang dahulu. Sekiranya ada dalil lain yang menjelaskan hadis yang pertama tadi maka bolehlah perkataan syurga itu dianggap sebagai kiasan.

Maksud yang zahir di dalam hadis itu “daripada syurga” maka ia adalah syurga cuma kita kena faham hakikat sebenarnya hanya Allah saja yang tahu.

Namun ada juga pendapat yang membahaskan kambing binatang syurga membawa maksud di syurga ada binatang yang sejenis dan serupa seperti kambing. Pendapat itu adalah bersandarkan kepada hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, bahawa Allah telah berfirman:

“Ku sediakan bagi hamba-hamba Ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia.”

Dari hadis itulah para ulama membuat tafsiran bahawa kambing itu binatang syurga adalah jenisnya kerana apa yang ada di syurga tidak pernah dilihat, didengar dan tidak terbayang oleh fikiran. Itulah yang ditafsirkan sebagai jenisnya tetapi rupanya bagaimana hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Di dalam hadis itu juga tadi ada menyebut “…dan sapulah air liurnya”. Ia bukanlah bermakna kita kena sapu air liur kambing untuk buat ubat tetapi ia adalah mencerminkan sifat belas kasihan penggembala terhadap binatang ternakannya. Meskipun air liurnya adalah menjadi tugas penggembala untuk mengelapnya.

Sebagai kesimpulannya, Mohd. Khadfiz menegaskan bahawa kambing adalah binatang istimewa disebutkan di dalam hadis, mempunyai keberkatan, semua nabi tidak dilantik melainkan pernah melalui pengalaman menjadi penggembala kambing.

Adalah harus menjadikan penggembala kambing sebagai kerjaya untuk mencari rezeki. Apabila disebutkan keberkatan maka kita akan mendapat pahala apabila menternaknya dengan niat untuk mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Namun bukan senang untuk menggembala kambing, kita kena tahu keperluan dan tabiatnya.

Jadi apa tunggu lagi, cuba-cubalah bela kambing, Insya’ Allah banyak manfaat yang kita peroleh. Wallahu a’lam Utv

Rahsia Kambing Disebut Dalam Hadis Rasulullah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker