Maut terjatuh dari bumbung kilang gara-gara petik rambutan

Maut terjatuh dari bumbung kilang gara-gara petik rambutan. Gara-gara ingin memetik rambutan, seorang pekerja kilang pembuatan maut selepas terjatuh dari bumbung gudang kilang di Jalan Johor dekat Pontian pada Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Husdin Che Amat berkata lelaki Nepal berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 10.15 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu ditugaskan ke gudang kilang tersebut bersama rakan sekerjanya untuk mengambil sampel produk, namun dia memaklumkan mahu memetik rambutan berhampiran gudang sebelum menaiki bumbung menggunakan tangga aluminium mudah alih seorang diri.

“Kepingan bumbung lutsinar yang terkopak dan pecah (kesan jatuh) masih berada di bumbung pada ketinggian 30 kaki (9.14m) dari lantai mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam kenyataan.

Husdin berkata, pihaknya mengarahkan majikan pekerja itu menjalankan siasatan dalaman serta melantik pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, selain mengemukakan surat tunjuk sebab atas kegagalan melaporkan kemalangan itu dalam tempoh 24 jam.

Katanya, lokasi kejadian turut disita pihaknya sehingga siasatan lengkap dijalankan dan tindakan perundangan hanya akan diambil, sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Maut terjatuh dari bumbung kilang gara-gara petik rambutan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mayat dipercayai anggota tentera ditemui penduduk kampung

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker