Benar kata peribahasa, masa itu emas!

Peribahasa Melayu pernah menyebut, masa itu emas yang membawa maksud masa itu sangat berharga dan janganlah dipersia-siakan.

Perumpamaan itu memberi makna yang tersendiri hari ini apabila jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkifli secara sah dinafikan pingat emas dalam Paralimpik Tokyo 2020 semalam.

Puncanya seperti yang dinyatakan Olahraga Para Dunia adalah Ziyad bersama atlet dari Ecuador dan Australia terlewat melaporkan diri di Call Room.

Difahamkan Ziyad lewat dalam tempoh dua hingga lima minit.

Tidak tahu di mana silapnya, Ziyad yang dua kali memecahkan rekod dunia dalam acara T-20 itu terpaksa akur dengan keputusan itu.

Keputusan ini adalah berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke Call Room’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room.

“Selepas mempertimbangkan bukti tersebut, pengadil memutuskan bahawa tidak ada alasan yang tepat untuk kegagalan atlet melaporkan diri ke Call Room tepat pada waktunya.

“Atlet mengemukakan keputusan ini kepada juri rayuan, yang memberi peluang kepada pasukan untuk menyampaikan semua maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan akhir. Juri rayuan mempertahankan keputusan pengadil dan mengesahkan keputusan atlet terbabit sebagai DNS,” kata Olahraga Para Dunia.

Pembatalan penyertaan Ziyad itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval yang sebelum ini menduduki tempat kedua, meraih pingat emas dengan catatan rekod baharu dunia, 17.34m.

Rakan senegaranya pula, Oleksandr Yarovyi meraih pingat perak selepas melakukan balingan terbaik 17.30m pada percubaan ketiga.

 

NAZMIZAN
NAZMIZAN

 

Bagi bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad, apa yang berlaku itu perlu diterima oleh Zihad dengan hari yang tabah.

“Kalau kita tengok klausa, dia boleh bertanding walaupun ada protes. Itulah risikonya. Memang nampak dekat situ, kalau kita bertanding pun akan kalah.

“Bagi saya itu adalah satu pencapaian luar biasa Ziyad yang merekodkan balingan sejauh 17.94m memecahkan rekod dunia. Kalau kita ambil kira pencapaiannya itu, kalau nak bandingkan dengan atlet asia tenggara, dia sudah tewaskan orang yang normal.

“Jadi bagi saya, walau macam mana sekalipun pun kita dan Ziyad kena terima qada dan qadar ALLAH,” katanya kepada Sinar Premium.

Pun begitu tegasnya, sudah pasti apa yang berlaku terhadap Ziyad akan menjadi pemangkin buat dirinya untuk lebih berjaya bagi tahun-tahun mendatang sehingga ke Paralimpik Paris 2024.

Apa yang berlaku itu menjadikan satu suntikan semangat buat Ziyad bagi mengharungi tahun 2022 dan seterusnya Paralimpik Paris 2024. Ini adalah satu motivasi yang tinggi untuk Ziyad terus bersinar.

“Kalau kita nak bercakapmengenai peraturan, semua itu tidak boleh dijadikan isu. Kita perlu kehadapan dan berfikiran positif. Kalau kita bercakap isu yang sama, keputusannya tetap sama,” katanya.

Anak jadi Terengganu itu turut menitipkan nasihat supaya menghargai masa.

“Apa yang berlaku ini jadikan iktibar bukan sahaja buat pegawai tetapi semua atlet, bukan sahaja dalam konteks sukan iaitu kita perlu hargai masa.

“Bak kata peribahasa, masa itu emas,” katanya.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Makcik tinggal serumah rupanya rakan dalam talian 3 tahun

Pemuda tak mengaku salah dakwaan cuba bunuh ayah

Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker