Tujuh menteri clock-in di Putrajaya esok

Tujuh menteri clock-in di Putrajaya esok

Sekurang-kurangnya tujuh menteri yang membarisi Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan clock-in di kementerian masing-masing di sini esok.

Menerusi jemputan yang diedarkan kepada media, antara menteri yang akan mengadakan sesi clock-in itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Setia Perdana di mana sesi itu bermula pada pukul 7.30 pagi.



Turut memulakan tugas secara rasmi esok ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang dijadual memasuki pejabat pada pukul 7.45 pagi.

Selain itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang akan mengadakan sesi clock-in pada pukul 8.15 pagi diikuti sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet yang dijangka selesai pada pukul 12 tengah hari.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula akan melapor diri di kementerian itu pada pukul 8.15 pagi manakala Datuk Seri M. Saravanan yang kembali ke portfolionya sebagai Menteri Sumber Manusia akan clock-in pada pukul 2 petang.

Sementara itu, muka baharu yang membuat comeback dalam Kabinet, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula akan menghadiri majlis serah tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama bekas menteri, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad pada pukul 3 petang.



Datuk Saifuddin Abdullah yang kembali ke portfolio beliau sebagai Menteri Luar Negeri ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pula akan mengadakan sidang akhbar pertamanya secara hibrid (fizikal dan dalam talian) pada pukul 3 petang di Wisma Putra, Putrajaya.

Dalam pada itu, tumpuan juga terarah kepada sidang akhbar sulung Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dijadual berlangsung pada pukul 5.30 petang esok di Kementerian Kesihatan (KKM).

“Fokus sidang akhbar menteri adalah mengenai perkembangan terbaharu Covid-19 dan program vaksinasi,” demikian menurut KKM.

Untuk rekod, Khairy Jamaluddin sudah mengadakan sesi clock-in di KKM pada pukul 5.15 petang semalam selepas istiadat angkat sumpah jawatan di Istana Negara. K Online



Tujuh menteri clock-in di Putrajaya esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker