Pesakit Rebah Di Wad Dijangkiti Covid-19 Tahap 4
Pesakit Rebah Di Wad Dijangkiti Covid-19 Tahap 4
ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan pesakit yang video memaparkan dirinya dalam keadaan lemah sebelum terbaring kaku di lantai wad seterusnya disahkan meninggal dunia dijangkiti Covid-19 kategori empat.
Pengarahnya, Dr. Othman Warijo berkata, mendiang yang juga mempunyai sejarah beberapa penyakit kronik dimasukkan ke hospital itu pada 26 Ogos lalu setelah dirujuk Pusat Penilaian Covid-19 Kuala Muda.
“Pesakit mendapat jangkitan Covid-19 kategori empat yang memerlukan bantuan oksigen.
“Sepanjang berada di wad berkenaan pesakit kurang stabil dan memerlukan tekanan oksigen yang semakin tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, pesakit bagaimanapun kelihatan tidak selesa dengan alat bantuan oksigen yang dipakai dan dia kemudian dipantau dengan lebih kerap oleh petugas kesihatan yang boleh bertutur dalam bahasa ibundanya.
“Pada hari kejadian setelah rondaan wad pagi selesai, pegawai perubatan serta jururawat menanggalkan peralatan perlindungan diri (PPE) pada pukul 1.45 petang.
“Pada pukul 2.25 petang petugas wad diberitahu oleh pesakit lain seorang pesakit jatuh dari katil dan seterusnya pegawai perubatan bertugas bergegas memakai PPE lengkap dan terus memeriksa pesakit yang didapati terbaring di lantai wad,” ujarnya.
Menurutnya, pemakaian PPE mengambil masa kira-kira lima minit dan ketika itu pesakit didapati tiada lagi tanda-tanda hidup. – K! ONLINE
Pesakit Rebah Di Wad Dijangkiti Covid-19 Tahap 4
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu
- Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo
- Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina
- Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib
- Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO]
- Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia
- Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul
- Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi
- Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida
- “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan#
- Mereka hendak bunuh karier politik saya
Layari Laman Facebook MYKMU
Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan