Bung kata kehebatan sejarah Umno bukan jaminan

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata kehebatan sejarah parti itu bukanlah jaminan untuk terus kekal berkuasa malah kedudukannya mungkin tergugat jika tidak menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Katanya, Umno yang lahir 75 tahun lalu tidak harus bersandar kepada sejarah semata-mata sebaliknya perlu terus kekal relevan agar terus menjadi pilihan rakyat walau di mana dan apa keadaan sekalipun.

”Kita mesti akur dan mesti insaf, mana-mana parti yang tidak menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa meskipun parti itu sehebat mana, budi sebesar mana, kejayaan setinggi mana sekalipun, parti itu akan tetap tergugat kedudukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian penutupan pertandingan pidato secara dalam talian yang dianjurkan biro penerangan Umno Sabah, di sini, semalam.

Bung yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata, pemilihan Naib Presiden parti itu, Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri juga wajar menjadi penyuntik semangat kepada semua ahli Umno untuk bersatu padu dan mengukuhkan semangat perjuangan parti serta Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15).

Katanya, Umno perlu bijak meneliti perubahan demografi dan melakukan penyesuaian terhadap dasar-dasar yang ditunjanginya bagi mengelakkan parti itu ditolak rakyat pada PRU15.

”Walaupun telah banyak kebaikan yang dilakukan oleh Umno dan BN untuk rakyat, namun ianya tidak lagi menjadi perkiraan ketika rakyat kini berdepan dengan cabaran kesihatan dan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19.

”Apa yang rakyat mahukan ialah tindakan serta-merta bagi membantu mereka yang terhimpit dengan cabaran kehidupan ketika ini, selain menyelasaikan isu-isu yang tertunggak,” katanya.

Bung kata kehebatan sejarah Umno bukan jaminan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pencapaian 100 hari: Menyelesaikan tugas kerajaan terdahulu antara cabaran besar Kabinet baharu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker