Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah
Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah. Penduduk daerah Klaten dalam wilayah Jawa Tengah mempunyai cara unik untuk menghalang orang ramai membuang sampah merata-rata iaitu dengan membina sebuah kubur di tepi jalan berhampiran sungai, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Kubur yang lengkap dengan taburan bunga dan batu nisan itu adalah simbolik dalam bentuk protes agar masyarakat setempat bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di kawasan tepi sungai itu.
“Kubur ‘arwah’ sampah,” tulis satu papan tanda di tepi kubur tersebut.
Gambar kubur itu dimuat naik di Instagram dengan ada antara netizen yang memberitahu bahawa lokasi tersebut sering menjadi tempat pembuangan sampah.
“Sering terlihat banyak sampah dibuang di tepi sungai itu,” tulis seorang netizen.
“Mungkin pemerintah setempat perlu menyediakan kemudahan khas untuk membuang sampah,” komen seorang lagi. – Agensi
Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
- Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
- Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
- Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
- Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
- PKR, DAP terima dana asing NED?
- ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
- Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
- Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
- Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
- Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
Bila Lembah Klang boleh merdeka daripada gangguan bekalan air?
You must be logged in to post a comment.