7 Susu Ini Penting Untuk Ibu Hamil

7 Susu Ini Penting Untuk Ibu Hamil

ADA yang mengatakan susu untuk ibu hamil penting sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi apakah jenis susu untuk ibu mengandung yang sesuai? Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.

Susu untuk ibu hamil

Aspek pemakanan yang melibatkan makan dan minum bagi seorang individu sedang hamil adalah penting.

Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk dirinya sendiri serta bayi di dalam kandungan.Seorang ibu sedang hamil memerlukan jumlah kalsium yang tinggi. Ada kajian mengatakan ibu hamil memerlukan lebih 1,000 miligram kalsium setiap hari.

Kebiasaannya keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengamalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung.Amalan meminum susu untuk ibu mengandung memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes jenis 2 bagi ibu.

Ia juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis pada si manja apabila meningkat usia dan membantu meningkatkan IQ anak kerana kandungan iodine dalam susu berfungsi untuk tumbesaran otak bayi.

Ini antara jenis-jenis susu untuk ibu hamil yang pernah dikongsi dalam Hello Doktor.Jenis-jenis susu untuk ibu hamil

1. Susu lembu

Merupakan antara susu kegemaran kebanyakan individu. Lebih menarik lagi, ia boleh didapati dalam pelbagai jenis perisa seperti coklat, strawberi mahupun kurma.

Kandungan nutrisi:

  • Ia mengandungi asid amino yang baik untuk sel badan ibu dan bayi dalam kandungan

Mengandungi vitamin D yang dapat mengurangkan risiko diabetes bagi ibu hamil dan membantu aspek perkembangan bayi dalam kandungan

  • Vitamin E yang terkandung di dalam susu ini menawarkan fungsi antioksidan dan dapat mengurangkan risiko penyakit
  • Mempunyai kandungan kalsium yang tinggi
  • Vitamin A dalam susu ini membantu perkembangan tisu badan dan sistem imunisasi bayi

2. Susu soya

Susu jenis ini tidak mengandungi lemak dan tinggi dengan serat serta kalsium. Tahap kandungan protein bagi susu soya adalah sama seperti susu lembu.

Kandungan nutrisi:

  • Tidak mengandungi kolesterol dan kandungan kalsium yang terkandung di dalam susu soya dapat membantu proses tumbesaran bayi
  • Mempunyai kandungan lemak monounsaturated dan polyunsaturated yang mempunyai peranan penting dalam membantu mencegah penyakit kardiovaskular
  • Kandungan antioksidan di dalam susu ini dapat mencegah kanser

3. Susu kambing

Ia boleh didapati dalam bentuk keluaran secara organik, UHT ataupun susu segar.

Kandungan nutrisi:

  • Susu kambing ini dipercayai mengandungi protein tinggi, vitamin B2 dan rendah kandungan butterfat globules
  • Susu ini dikatakan dapat mengurangkan masalah kolesterol dan meningkatkan metabolisma badan
  • Kandungan vitamin B2 dalam susu ini dapat membantu meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi badan

4. Susu badam

Seperti namanya, susu ini diperbuat daripada kacang badam (almond) dan air. Kebiasaannya, bagi individu yang tidak menggemari susu soya, susu badam merupakan pilihan yang terbaik.

Kandungan nutrisi

  • Ia merupakan susu yang bebas kandungan lemak dan kolesterol
  • Merupakan susu yang tinggi kandungan asid folik, serat, protein, vitamin B, kalsium, zat besi dan vitamin E
  • Adalah sejenis susu yang mempunyai antioksidan bagi membantu sistem imunisasi badan dan kandungan kalori yang rendah

5. Susu oat

Antara pilihan susu baik untuk ibu mengandung kerana ia dikatakan dapat membantu mencegah masalah sembelit yang kebiasaannya menjadi antara isu yang sering dialami oleh wanita hamil.

Susu oat juga dipercayai dapat mengawal rasa lapar, membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah serta berkeupayaan untuk menyalurkan oksigen dengan secukupnya ke dalam sel-sel badan.

Kandungan nutrisi

  • Mengandungi kandungan vitamin A dan B yang tinggi
  • Susu ini juga dikatakan mempunyai mineral mangan, kalium dan fosforus
  • Susu oat turut menawarkan khasiat protein yang diperlukan ibu mengandung

6. Susu beras

Jenis susu terakhir yang sesuai untuk ibu mengandung adalah susu beras.

Sudah tentu sumber utama penghasilan susu ini adalah beras yang dicampurkan dengan air. Namun, susu jenis ini dikatakan tidak sesuai dijadikan susu untuk ibu mengandung yang menghidapi penyakit diabetes.

Ini adalah kerana kandungan karbohidratnya adalah 4 kali ganda berbanding susu lembu.

Kandungan nutrisi

  • Susu beras ini mengandungi vitamin B
  • Ia merupakan sejenis susu yang rendah lemak, rendah protein tetapi mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi
  • Susu beras dipercayai dapat mencegah penyakit selenium dan manganese

Mungkin ada kalangan ibu yang sedang hamil bimbang untuk meminum susu kerana khuatir bayi di dalam kandungan akan bersaiz besar (macrosomia). Namun hakikatnya, pengambilan susu bukanlah faktor yang menjadi punca kepada kekhuatiran tersebut.

Ini kerana antara punca yang dikenal pasti berkait rapat dengan bayi macrosomia atau dirujuk sebagai bayi yang lahir dengan berat melebihi 4 kilogram adalah seperti kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin, ibu hamil menghidap kencing manis ataupun kenaikan berat badan yang berlebihan ketika hamil.

Apa yang penting, ibu mengandung perlu sentiasa mengawal pengambilan makanan yang seimbang dan sihat serta bersenam.

Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.

7 Susu Ini Penting Untuk Ibu Hamil


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker