Isu Taliban, BN nasihat Putrajaya ikut prinsip hubungan antarabangsa

Isu Taliban, BN nasihat Putrajaya ikut prinsip hubungan antarabangsa. BN menggesa Putrajaya untuk mematuhi prinsip hubungan antarabangsa yang telah diamalkan negara selama bertahun-tahun sebelum mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan Afghanistan yang sah.

“BN berpendirian bahawa sebarang pengiktirafan ke atas Taliban hanya boleh dipertimbangkan selari dengan pendirian masyarakat antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia haruslah mengikut lunas dan prinsip-prinsip hubungan antarabangsa yang kita pegang selama ini dalam mengiktiraf mana-mana kerajaan atau rejim.

“Tidak ada pengecualian istimewa dalam kes Taliban,” kata Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan media hari ini.

Republik Islam Afghanistan yang diterajui presiden yang dipilih secara demokratik, Ashraf Ghani jatuh ke tangan tentera Taliban pada 15 Ogos.

Ini terjadi setelah Presiden AS Joe Biden menghantar pulang tentera AS di Afghanistan, 20 tahun setelah menyerang negara itu untuk menyingkirkan Taliban dari kekuasaan.

Beberapa pihak di Malaysia, termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempertahankan Taliban, mengatakan organisasi itu telah berubah menjadi lebih baik.

Anak Hadi, Muhammad Khalil Abdul Hadi juga mengucapkan tahniah kepada Taliban kerana “membebaskan” Afghanistan.

Zambry berkata, BN memandang serius keadaan semasa di Afghanistan dan sangat prihatin terhadap krisis kemanusiaan yang semakin mengerikan yang akan memuncak dalam masa terdekat.

“Tindakan tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara tersebut dalam keadaan yang tidak terancang dan kegagalan kerajaan Afghanistan untuk mempertahankan kedudukannya telah meletakkan keadaan keselamatan di negara tersebut semakin rapuh dan terjejas,” kata Zambry lagi.

Jelasnya, BN menyarankan agar Kerajaan Malaysia dengan segera mengambil inisiatif menyeru dan memanggil negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan sidang atau mesyuarat khas.

“Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berwibawa dan berkecuali mempunyai pengaruh tersendiri untuk membangunkan konsensus OIC dalam perkara berkaitan dengan masa depan Afghanistan,” katanya.

Tambah Zambry, BN juga menyeru agar kerajaan Malaysia berhubung dengan perwakilan Taliban di Doha, Qatar untuk membangunkan komunikasi awal.

“Ini perlu dilakukan hanya dengan satu tujuan, iaitu memudahkan penyelarasan bantuan kemanusiaan antarabangsa disalurkan kepada penduduk Afghanistan, jika keadaan mendesak dan memerlukan.

“Semoga keadaan keselamatan di Afghanistan pulih kembali dan negara tersebut berpeluang membangun dengan aman dan sejahtera semula,” katanya.

Isu Taliban, BN nasihat Putrajaya ikut prinsip hubungan antarabangsa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takiyuddin nafikan beliau diturunkan ‘pangkat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker