Sembilan Menteri, Timbalan Menteri baharu

Seramai sembilan muka baharu Menteri dan Timbalan Menteri diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menganggotai barisan Kabinet.

Mereka termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Dua lagi Menteri baharu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Manakala Timbalan Menteri baharu termasuk Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin.

Tiga lagi muka baharu ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Seramai sembilan Menteri dan Timbalan Menteri kerajaan lama tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baharu kerajaan ialah:

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

Turut tiada dalam senarai bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh, bekas Timbalan Menteri Kewangan I: Datuk Abd. Rahim Bakeri dan bekas Timbalan Menteri II Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi juga tiada dalam senarai.

Begitu juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan dan bekas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Tiong King Sing. K Online

Sembilan Menteri, Timbalan Menteri baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker