Idris sedia galas amanah besar ini sebaiknya

Idris sedia galas amanah besar ini sebaiknya. “Saya hanya menjadi orang parti dan tidak menjangkakan jawatan ini diberikan kepada saya. Insha-Allah, akan melakukan tugas dengan baik,” kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Idris, 58, dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Selain berusaha melaksanakan tugas dengan baik atas kepercayaan diberikan, beliau juga akan meneruskan usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak) serta akan jumpa (semua) agensi di bawah kementerian (apabila memulakan tugas nanti).

“Mohon doakan saya dapat melakukan tugas dengan integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Idris adalah bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 16 Jun 2020.

Idris sedia galas amanah besar ini sebaiknya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Istiadat angkat sumpah anggota Kabinet Isnin ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker