ADUN PKR Selangor berang campak kad tauliah ceramah agama

ADUN PKR Selangor berang campak kad tauliah ceramah agama di masjid. Seorang ADUN PKR meluahkan ketidakpuasan hati dengan larangan terhadap wakil rakyat yang mempunyai kad tauliah untuk memberi ceramah agama di masjid dan surau di Selangor.

Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (PKR-Meru) mendakwa, ada pegawai kerajaan yang bermain politik dengan menghalang wakil rakyat sepertinya daripada terlibat dengan program di masjid dan surau termasuk di kawasannya.

“Bagi pandangan saya kakitangan kerajaan juga berpolitik. Saya sendiri sebagai ADUN dihalang melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di masjid dan surau.

“Ramadan lepas saya datang menziarahi program bubur lambuk pun dipertikai sama ada mendapat kebenaran atau tidak.

“Ini tauliah (tunjuk kad tauliah) dikeluarkan untuk saya mengajar agama, ceramah tapi saya tidak boleh guna. Buat apa beri bagi tauliah ini kalau saya tak boleh mengajar? Untuk apa keluarkan?

“Apa guna saya sebagai pemimpin tapi tidak boleh menasihatkan rakyat saya sendiri di (surau dan masjid),” katanya sambil mencampakkan kad tauliah itu.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Fakhrulrazi turut mendakwa pegawai agama Islam daerah Klang diarah menghalangnya terlibat dengan program di surau dan masjid.

“Ini satu kebiadapan kepada kerajaan kita sendiri. Sedangkan tanggungjawab kami kepada rakyat untuk mendekati dan menerangkan isu-isu tetapi kami dihalang. Harap diberi perhatian.

“Ada dalam kalangan pegawai kerajaan berpolitik, berselindung di sebalik jawatan mereka,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Amirudin Shari berkata, individu berstatus ahli politik tidak akan diberi tauliah mengajar agama Islam di masjid dan surau di Selangor.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 6 April lalu.

Makan daging babi jijik, terima rasuah tak jijik

Dalam ucapannya, Fakhrulrazi turut menyentuh soal isu rasuah yang membabitkan kakitangan kerajaan di negeri itu sehingga mendapat perhatian Sultan Selangor.

Katanya, isu rasuah dilihat berleluasa antaranya disebabkan kurangnya jumlah pegawai penguat kuasa seterusnya pemantuan tidak dapat dijalan secara menyeluruh.

“Saya dimaklumkan di Selangor jumlah penguat kuasa hanya 70 orang.

“Selain itu, peningkatan berlaku disebabkan soal kejahilan seseorang tentang jenayah rasuah. Orang Melayu Islam jijik makan babi, jijik minum arak, tapi tak jijik ambil rasuah, sedangkan makan rasuah dosanya lebih besar daripada makan khinzir,” katanya.

ADUN PKR Selangor berang campak kad tauliah ceramah agama di masjid


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker