Memugar jiwa merdeka

 

Gambar hiasan. Foto Bernama
Gambar hiasan. Foto Bernama
Memugar jiwa merdeka
KEHADIRAN bulan Ogos dan September dinantikan saban tahun yang sinonim dengan sambutan Bulan Kebangsaan.Pelbagai program dijana, namun pengertian kemerdekaan meniti di bibir hanya dalam tempoh hampir 47 hari sebelum menjelang tarikh 16 September.Sempena menyambut Bulan Kebangsaan, elok rasanya kita mengimbau kembali sejarah tanah bertuah ini yang dibina atas darah dan keringat pejuang-pejuang terdahulu. Barangkali bagi segelintir pihak, peristiwa itu hanya merupakan secebis peristiwa lapuk yang tidak membawa sebarang pengertian.Tamadun Melayu sudah mencerminkan kegemilangan identiti bangsa dari aspek politik dan sosioekonomi. Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia menjadi tunjang perpaduan dalam sesebuah masyarakat majmuk dan direalisasikan melalui kerjasama serta tolenrasi.

Justeru, Kesultanan Melayu Melaka menjadi suri teladan dan asas kepada sistem kerajaan moden hari ini sebelum ditumbangkan oleh Portugis pada 24 Ogos 1511. Atas tanggungjawab mahu membina tamadun kononnya, British menjajah melalui dasar campur tangan secara rasmi pada 20 Januari 1874, diikuti pendudukan tentera Jepun pada tahun 1941.

Parti Komunis Malaya (PKM) melalui revolusi bersenjata bertindak zalim sehingga Perjanjian Damai Hatyai di Thailand pada 2 Disember 1989. Menjelang abad ke-20, kemunculan semangat nasionalisme menjadi semakin dominan dan bersatu di bawah gagasan mempertahankan survival serta menuntut kemerdekaan.



Kompromi antara kaum merintis ke arah kemerdekaan Tanah Melayu pada detik 31 Ogos 1957 dan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963.

Kerapuhan hubungan kaum selepas kemerdekaan diuji dengan peristiwa 13 Mei 1969, namun diperkukuhkan melalui ‘tiang seri’ Rukun Negara pada 31 Ogos 1970. Perpaduan kaum dan integrasi nasional menjadi tunjang kestabilan sosiopolitik dan dijana berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Semangat patriotisme dan cinta terhadap negara turut diterjemahkan melalui penghormatan serta sanjungan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong. Peradaban dan perit jerih memugar tanah air tercinta perlu disampaikan kepada generasi kini agar patriotisme terus subur.

Penyatuan hati perlu diberikan tumpuan, bak kata peribahasa ‘ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua’. Penggemblengan tenaga semua warganegara perlu bagi memugar, memartabat dan memperkasakan sambutan Bulan Kebangsaan. Saf kepimpinan negara perlu dirapatkan dalam membina sebuah bangsa Malaysia yang ideal.



Institusi kekeluargaan dan pendidikan merupakan platform awal terbaik bagi menyemai patriotisme. Jadi, sambutan Bulan Kebangsaan bukan sahaja difokuskan terhadap Key Performance Indeks tetapi juga hasrat mahu melahirkan generasi patriotik negara. Penerapan minda dan jiwa merdeka dalam mendasari cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 dan kebiasaan baharu perlu dibugarkan.

Keharmonian hidup bersama pandemik Covid-19 dan budaya espri de corp perlu dibajai. Kelangsungan survival bangsa Malaysia bergantung kepada keupayaan dan kesanggupan rakyat untuk berkongsi nilai, identiti serta hala tuju dalam menjayakan aspirasi negara. Sejarah membuktikan bahawa pereputan dalaman dan keyakinan dengan kebolehan serta kemampuan sendiri sehingga mengabaikan kesepaduan tekad menyebabkan keruntuhan sebuah Kesultanan Melayu.

Tatkala usia negara menginjak ke angka 64 tahun, terlalu banyak pahit getir yang telah dan sedang dialami. Sempatkah negara tercinta ini menyamai kegemilangan selama 111 tahun sepertimana Kesultanan Melayu Melaka? Inilah cabaran dan renungan yang harus kita pelajari daripada peristiwa lalu. Salam Hari Kebangsaan ‘Malaysia Prihatin’ wahai bangsa Malaysia.

* Dr Mohamed Ali Haniffa ialah Pensyarah Kanan Unit Sejarah dan Kenegaraan, Jabatan Tamadun dan Falsafah, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Pembangkang saudara dalam ‘Keluarga Malaysia’

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker