Yuna Zarai tiba di Los Angeles, terkejut dapur rumahnya jadi ‘hutan mini’

Yuna Zarai tiba di Los Angeles, terkejut dapur rumahnya jadi ‘hutan mini’. Selepas 526 hari ‘terkandas’ di Malaysia akibat pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu, penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai akhirnya selamat tiba di kediamannya di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat sekitar pukul 12 tengah hari (waktu LA) atau sekitar pukul 3 pagi tadi, waktu Malaysia.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Yuna yang ditemani suami, Adam Sinclair berkongsi beberapa video ketika dia tiba dikediamannya di LA dan membuat lawatan ‘home tour’ dalam kediaman yang telah ditinggalkan lebih daripada setahun itu.

“Kami akhirnya di rumah! Hi dapur saya. Rindunya!” ujar Yuna.

Dalam perkongsian itu juga, Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai, 35, turut menunjukkan pokok hiasan yang ditanamnya di dalam rumah telah membiak dengan subur sehingga terjuntai ibarat ‘hutan mini’.

Walaupun mengakui penat selepas menempuh perjalanan berjam-jam menaiki kapal terbang, Yuna tidak dapat berehat kerana perlu mengemas rumahnya yang telah ditinggalkan sekian lama.

“Penat, tapi saya harus uruskan dahulu keadaan rumah,” kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Terukir Di Bintang itu turut mengucapkan terima kasih kepada kenalannya di LA, kerana menjaga rumahnya sepanjang dia berada di Malaysia.

“Terima kasih kepada sahabat yang datang menjenguk rumah ini sepanjang kami berada di Malaysia. Anda tahu siapa anda,” katanya.

Terdahulu, Yuna meluahkan hasrat untuk kembali semula ke Los Angeles, Amerika Syarikat bagi meneruskan survival kerjaya muziknya di sana.

Yuna yang ditemani suaminya, Adam Sinclair pulang ke Malaysia untuk urusan pada tahun tidak menyangka sudah lebih setahun rupa-rupanya ‘terkandas’ di Malaysia disebabkan pandemik Covid-19.

“Saya akan kembali ke Los Angelas dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, album terbaharu saya akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

“Saya akan memastikan dapat berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya

Yuna Zarai tiba di Los Angeles, terkejut dapur rumahnya jadi ‘hutan mini’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bayi pada gambar album Nirvana tuntut ganti rugi RM630,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker