PMO maklumkan ‘Tiada Pengumuman Kabinet’ petang ini
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak akan sebarang membuat pengumuman hari ini, kata pejabatnya.
Sebelum ini spekulasi bertiup kencang bahawa Ismail Sabri akan mengumumkan senarai kabinetnya, petang ini selepas mendap perkenaan Yang di-Pertuan Agong, hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baru dari perdana menteri semasa sesi menghadap Seri Paduka pagi tadi di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Sebelum ini terdapat banyak kegiatan lobi-melobi untuk jawatan kabinet oleh pelbagai pihak – umpamanya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meminta untuk mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri kedua untuk diisi oleh ahli parlimen Sarawak dari Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula mencadangkan timbalan presiden parti itu Mohamad Hasan dilantik sebagai menteri kewangan dalam kabinet Ismail Sabri.
Sementara itu, sumber-sumber Umno dan Bersatu pula mendakwa bahawa Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail Sabri bersama penyokongnya jika tidak dijadikan timbalan perdana menteri.
Setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham menafikan laporan itu dan berkata ia adalah “sama sekali palsu, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab”.
Terdapat juga beberapa jangkaan bahawa kabinet Ismail Sabri tidak akan terlalu berbeza dengan kerajaan Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Star Online sebelum ini melaporkan senarai kabinet itu sepatutnya dipersembahkan semalam tetapi ditangguhkan ke hari ini, memandangkan Yang di-Pertuan Agong tidak berada di Kuala Lumpur.
Ismail Sabri bertolak ke Pahang hari ini.
Ia juga melaporkan bahawa perdana menteri diminta memuktamadkan senarai kabinet sebelum sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos.
Selepas senarai kabinet itu dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, majlis angkat sumpah dijangka diadakan secepat mungkin.
Baca Artikel Menarik :
- Pesakit Covid-19 Tumbuk Jururawat Sebelum Cuba Lari Dari Hospital
- Tunai umrah bersama, rakan baik songlap duit
- Azalina digesa dilantik sebagai Menteri KDN
- Dari Penternak Kambing Ke Laman Rumah Mentua, Kini Mr. Pepper Ada Kilang Sendiri
- Most Eligible Royal Bachelor Of Malaysia
- Azmin as DPM? Mediocrity breeds mediocrity
- Beri peluang Ismail Sabri jadi Menteri Kewangan
- Rakyat nak pembaharuan, nama kerajaan tak penting – Najib
- Sultanah akan beri keterangan dalam saman fitnah
- Resepi Kek Paun Lemon Sedap
- Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.