Pemandu rentung treler kontena terbakar
Pemandu rentung treler kontena terbakar
TANGKAK – Seorang lelaki ditemui rentung selepas treler kontena dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer (km) 145.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bukit Gambir, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.36 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Aminrullrashed Azman, 38.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farizan Mokhtar berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu treler tanpa muatan secara bersendirian.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu treler itu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
“Akibat rempuhan itu, mangsa terperangkap dan gagal keluar daripada kenderaan sebelum berlaku kebakaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas beliau, kebakaran itu memusnahkan sehingga 90 peratus kepala lori dan 20 peratus bahagian kontena.
Baca Artikel Menarik :
- Azalina cadang Timbalan Speaker diberi kepada pembangkang
- Sejak Insiden Hina Kemaluan Bekas Isteri, Pelakon Galih Ginanjar Hilang Hubungan Dengan Anak
- Aming Sempat Pesan Ibu Tutup Aurat Sebelum Meninggal Dunia [VIDEO]
- Peniaga Ayam Golek Curi Ayam Mentah [VIDEO]
- Tak halal dunia akhirat – Amy Search
- Resepi Air Perut Kempis Badan Melentik
- Myvi Langgar Lari Viva Hingga Terbalik Nyaris Langgar Pejalan Kaki [VIDEO]
- Lan Pet Pet kini pembantu peguam
- Negara tanpa pesawat rasmi
- Cubaan lantik Azmin sebagai TPM hanyalah sabotaj kepada Perdana Menteri
- InsyaAllah Kerajaan Baharu Akan Kembalikan Kesejahteraan Rakyat – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
Katanya, operasi membawa mangsa keluar dan pemadaman di bawah seliaan Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Khalid Mohd. Aris telah mengambil masa kira-kira 40 minit.
Menurut Mohd. Farizan, seramai 13 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan pihaknya menggunakan kaedah dua aliran salur bantu mula dan satu aliran foam sumber air daripada water tanker. K Online
Pemandu rentung treler kontena terbakar
You must be logged in to post a comment.