Ahli majlis MBPJ antara didakwa berkelakuan tak senonoh di balai polis

Ahli majlis MBPJ antara didakwa berkelakuan tak senonoh di balai polis

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan seorang individu meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Setiausaha Wanita DAP Selangor Nalina Nair dan Sujatra Jayarah didakwa di bawah Seksyen 90 Akta Polis kerana melakukan kesalahan itu di Balai Polis Dang Wangi pada 19 Ogos lalu.

Pengakuan tidak bersalah Nalina direkodkan di hadapan majistret Tawfiq Affandy Chin dan Sujatra pula di hadapan majistret Wong Chai Sia.

Mereka antara sekumpulan yang ditahan polis minggu lalu selepas menghadiri acara memperingati korban Covid-19 di Dataran Merdeka.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong, Zamri Vinoth difailkan pendakwaan

Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting

Jika disabitkan kesalahan, Nalina dan Sujatra berdepan denda maksimum RM500 atau enam bulan penjara.

Tawfiq membenarkan Nalina diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Wong pula menetapkan ikat jamin RM2,000 untuk Sujatra dan kes akan disebut semula pada 1 Oktober.

Kedua-duanya diwakili peguam Farida Mohammad dan V Yoges.

Sebelum ini dilaporkan 31 individu ditahan kerana menghadiri acara nyalaan lilin itu termasuk penganjur #Lawan Mohammad Asraf Sharaf, pengasas bersama Undi18 Qyira Yusri dan pengasas kumpulan belia Misi Solidariti, Sarah Irdina Mohamad Ariff.

Mereka dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). FMT

Ahli majlis MBPJ antara didakwa berkelakuan tak senonoh di balai polis

Kenapa benci sangat saya – Ayu Ting Ting

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker