Tak wajar gesa undi percaya dilaksanakan segera
Tak wajar gesa undi percaya dilaksanakan segera – Mahathir
Dr Mahathir Mohamad berpandangan gesaan agar undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dibuat segera di Parlimen adalah tidak wajar.
Bekas perdana menteri itu berkata, jika Ismail Sabri gagal mendapat sokongan majoriti ketika ia dilaksanakan, ia akan membawa kesan negatif terhadap imej negara di peringkat antarabangsa.
“Saya tidak fikir (perlu dilaksanakan undi percaya kepada Perdana Menteri), kita tidak mahu ada pertukaran lagi sekali (bagi jawatan) perdana menteri.
“Jadi, kalau (bawa usul undi percaya) pergi ke Parlimen, (dan) dia (Ismail Sabri) tak dapat majoriti, (kita) kena tukar lain (perdana menteri)…jadi dunia sedang ketawakan (negara kita), kita tidak ada (perancangan) nak bagi jatuh (kerajaan ini),” katanya seperti dipetik Astro Awani hari ini.
Mengulas isu berlainan, Mahathir yang juga pengerusi Pejuang berkata dia akan melihat siapa yang akan disertakan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19, sebelum membuat keputusan untuk menyertainya atau tidak.
Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Ismail Sabri dilaksanakan segera, untuk mengabsahkan majoriti sokongan terhadapnya.
Menurut Ku Li, ia bagi membolehkan perdana menteri kesembilan itu mentadbir negara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan bahawa perdana menteri yang baru dilantik perlu melaksanakan undi percaya di Parlimen dengan segera. Mk
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Tak wajar gesa undi percaya dilaksanakan segera
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM