Setiausaha Agung Muda letak jawatan

Setiausaha Agung Muda letak jawatan

Setiausaha Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abd Hadi mengumumkan peletakan jawatannya dalam parti itu berkuat kuasa pada Selasa.

Amir dalam ciapannya di Twitter berkata, peletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau akan melanjutkan pengajian di United Kingdom dalam masa beberapa minggu lagi.



Susulan itu katanya, tugas-tugas Setiausaha Agung (SUA) akan diambil alih oleh Amira Aisya Abd Aziz yang juga Bendahari Agung Muda.

“Dengan ini saya ingin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Muda berkuat kuasa hari ini. Tugas-tugas SUA parti akan diambil alih Amira Aisya selaku SUA parti yang baharu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh anggota dan kader parti yang telah memberikan kerjasama baik membangunkan parti ini dari hari pertama. Sebagai manusia, sudah pasti banyak kekurangan sepanjang menggalas tanggungjawab ini. Harap dapat dimaafkan,” katanya.

Amir yang juga pengasas bersama parti itu berkata, parti itu dibina dengan idealisme bagi membawa perubahan.

Beliau turut mengharapkan agar semua ahli untuk terus kekal teguh dengan idealisme dan tidak sesekali terpesong dari landasan. Sinar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Setiausaha Agung Muda letak jawatan

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker