Satu penggal 3 PM, cukuplah – Idris

Satu penggal 3 PM, cukuplah – Idris

Tawaran kerjasama PM bukti kerajaan bersikap terbuka, kata PAS

Tawaran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob terhadap barisan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan, kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Beliau berkata, tawaran yang dinyatakan Ismail menunjukkan sikap keterbukaan yang ada pada diri perdana menteri dalam meletakkan kepentingan pada rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Ini menunjukkan keseriusan yang ada supaya kita sama-sama mengatasi Covid-19 ini,” katanya yang dipetik berkata kepada Harakahdaily.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ yang ingin diketengahkan kerajaan bawah pentadbiran Ismail Sabri akan mewujudkan ketenangan dan keharmonian agar kerajaan memberi fokus utama kepada menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat serta negara.

“PAS juga menyambut baik ruang tawaran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kepimpinan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19,” katanya dalam kenyataan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Idris berkata, dengan tawaran dibuat ia secara tidak langsung memberi peluang kepada kerajaan menumpukan sepenuh perhatian kaedah menangani pandemik Covid-19.

“Kestabilan politik mempunyai kaitan yang rapat untuk memerangi peperangan kesihatan yang ada di negara kita. Kita mengharapkan supaya soal politiking itu tidak banyak berlaku kerana tumpuan kita biarlah hal itu.

“Cukuplah anak cucu kita menyaksikan dalam satu penggal, tiga tahun kita memiliki tiga perdana menteri,” tambah beliau. FMT

Satu penggal 3 PM, cukuplah – Idris

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker