Resepi Kek Paun Lemon Sedap

Resepi Kek Paun Lemon Sedap

Resepi kali ini merupakan sejenis resipi kek yang yang amat digemari khususnya golongan yang lebih dewasa.

Kek lemon seperti namanya diperbuat menggunakan buah lemon sebagai bahan utamanya. Ianya terkenal di luar negara, namun di negeri kita ia makin diminati.

Pembuatan kek ini juga agak mudah dan juga bahannya boleh didapati di supermarket atau pasar raya besar. Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan A

250g pure butter (suhu bilik)
1cawan gula halus
1 sudu besar parutan lemon (dari sebiji lemon)
4 biji telur gred A pada suhu bilik
2 sudu teh vanila esen

Bahan B

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Glaze
2 sudu besar jus lemon
¾ cawan gula aising

Kaedah

Mula-mula panaskan oven pada suhu 160c selama 10 minit.

Sediakan loyang saiz empat segi tepat, lapik dengan kertas minyak.

Pukul butter bersama gula dan parutan lemon hingga gebu.

Masukkan telur satu persatu, pastikan adunan telah sebati sebelum masukkan yang seterusnya.

Masukkan esen vanila
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder
Kaup balik dan pastikan adunan sebati.

Bakar kek pada suhu 160c dan bakar selama 50-60 min. Uji dengan lidi untuk memastikan dalam kek cukup masak.

Apabila telah masak biarkan dalam loyang sekurang-kurangnya 20 minit baru keluarkan.

Sementara itu cara membuat glaze kek ialah dengan mencampurkan gula aising dengan jus lemon, sedikit demi sedikit agar dpt tekstur yang likat.

Hiasi kek lemon dengan curaha glaze lemon.
Siap!

Ada beberapa versi yang boleh dapati di internet dan resepi ini adalah salah satu yang boleh anda cuba sendiri.Ianya sedap dan gebu dan curahan glaze lemon itu sebenarnya yang menaikkan rasa lemon dalam kek ini. Diharap anda akan cuba untuk menjamu keluarga anda. Selamat mencuba

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Kek Paun Lemon Sedap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Honey Garlic Chicken Wing

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker