Pasangan Bayi Kembar Unik ‘2 Kaum’ Berbeza
Pasangan Bayi Kembar Unik ‘2 Kaum’ Berbeza
Burlington: Uniknya pasangan bayi kembar dari Amerika Syarikat (AS) yang bukan hanya tidak memiliki wajah seiras, tetapi juga fizikal berbeza.
India Times melaporkan, kembar diberi nama Makai dan Ellion dilahirkan pada November tahun lalu.
Mereka tidak kelihatan seperti pasangan kembar lain dan seolah-olah berasal daripada dua kaum berbeza.
Ini kerana Makai mempunyai kulit dan mata berwarna gelap dengan rambut hitam kerinting.
Ellion memiliki rambut berwarna perang muda (blonde) dengan kulit dan warna mata yang cerah.
Bagaimanapun, ia tidak menghairankan kerana ibu bapa mereka datang daripada dua kaum, maka Makai dan Ellion boleh mewarisi pelbagai ciri.
Menurut laporan LadBible, ibu pasangan kembar itu, Leaetta Harris, 29, memberitahu bahawa kedua-dua anaknya sebenarnya mempunyai ayah yang sama.
Perbezaan itu bagaimanapun menjadikan ahli keluarga sering berseloroh mengenai siapa ibu bapa sebenar Makai dan Ellion.
Leaetta berdarah campuran Kaukasia dan Afrika-Amerika, manakala suaminya Lamba Crane, 35, dilahirkan di Gabon, negara di Afrika Tengah.
Ibu kepada Lamba Crane adalah warga Afrika dan bapanya berketurunan Afrika-Amerika.
Leaetta dan Lamba Crane berkata, mereka terkejut selepas anak kembar mereka itu dilahirkan.
“Mereka kelihatan seperti dua bayi daripada bangsa yang berbeza.
“Orang selalu bertanya adakah mereka kembar dan terkejut, malah bingung apabila saya mengiakannya.
“Ahli keluarga selalu mengusik dan menjadikannya bahan gurauan tetapi kami anggap anak kami unik, malah bangga dapat melahirkan kembar berlainan,” katanya.
Leaetta berkata, dia dan suaminya tidak pernah membaca mengenai kembar lelaki seperti Makai dan Ellion.
Katanya, dua atau tiga kisah dibacanya tetapi berlainan dengan mereka.
“Semua kembar lain dengan warna kulit yang berbeza sama ada kerana salah seorang ibu atau bapa sepenuhnya berkulit putih atau hitam, manakala kes lain lain salah seorang ibu atau bapa adalah berkulit hitam atau berdarah campuran.
“Makai dan Ellion adalah kembar diamniotik dikorionik, yang bermaksud bahawa walaupun mereka di dalam satu rahim, masing-masing dengan kantung amnion dan plasenta berasingan.
“Mereka dilahirkan menerusi pembedahan dengan jarak empat minit, kedua-duanya sama tetapi berbeza dengan keperibadian mereka sendiri.
“Makai lebih lantang dan beremosi, sementara Ellion relaks tetapi lebih berdikari,” katanya.
Sumber: NewBeezer
Pasangan Bayi Kembar Unik ‘2 Kaum’ Berbeza
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Macam Kembar Kan! 5 Selebriti Ini Sangat Serupa Dengan Stuntman Mereka