Macam Kembar Kan! 5 Selebriti Ini Sangat Serupa Dengan Stuntman Mereka

Apabila melakonkan babak aksi untuk sesebuah filem, stuntman sangatlah diperlukan untuk memastikan pelakon tidak mengalami kejadian yang tidak diiingini.

Walaubagaimanapun, tahukah anda terdapat stuntman yang serupa dengan pelakon sehingga sukar untuk membezakannya. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

Chris Hemsworth



Bukan mudah untuk kelihatan seperti Chris Hemsworth yang memegang watak sebagai Thor. Namun, aksi luar biasa Bobby Holland Hanton mampu membuatnya kelihatan sangat serupa seperti Chris.

Menurut Bobby, dia harus berusaha menambah berat badan agar kelihatan serupa seperti aktor tersebut.

Scarlett Johansson

Heidi Moneymaker adalah salah seorang stuntman wanita terbaik di dunia. Sejak tahun 1999, dia mempunyai 74 kredit akrobatik, melatih pelbagai seni mempertahankan diri, gimnastik, berlari, dan yoga.



Dia juga memiliki kemahiran luar biasa sehingga  aksinya untuk Scarlet Johansson sangat menakjubkan. Mereka berkerjasama untuk menjayakan watak Black Widow.

Gal Gadot

Walaupun menjadi menjadi Wonder Woman, Gal Gadot masih memerlukan stuntman untuk menjayakan watak Wonder Woman.

Stuntman wanita yang membantu Gal Gadot dalam menjayakan watak Wonder Woman adalah Caitlin Dechelle. Beliau adalah seorang atlet seni mempertahankan diri yang telah menghabiskan masa selama 20 tahun untuk berlatih.



Andrew Garfield

Andrew Garfield memainkan watak ikonik sebagai Spiderman dalam filem The Amazing Spider-Man. Namun untuk melakonkan babak aksi yang menakjubkan, dia dibantu oleh William Spencer yang bekerja sebagai pemain skateboard.

Dia bukan sahaja menjadi stuntman untuk beberapa buah filem, tetappi juga menghasilkan kontennya sendiri mengenai aksi bermain skateboard.

Dwayne Johnson



Rasa tidak percaya ternyata Dwayne Johnson menggunakan stuntman dalam filem yang dibintanginya.

Dan ternyata stuntman yang membantu melakukan babak aksi itu adalah sepupunya sendiri, Tanoai Reed. Mereka telah bekerjasama dalam 20 buah filem dan Tanoai telah dicalonkan untuk World Stunt Awards dan memenangi anugerah sebanyak tiga kali.-Murai

Sangat hebat bukan!



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker