Resepi Honey Garlic Chicken Wing

Resepi Honey Garlic Chicken Wing

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi resipi yang biasanya dihidangkan jadi sebagai hidangan pembuka selera.

Honey garlic chicken wing diperbuat daripada kepak ayam dan juga sos manis. Menu ini biasanya ditemui di restoran atau cafe. Namun begitu sebenarnya ia amat mudah untuk disediakan.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencubanya sendiri.

Bahan utama

10 – 12 kepak ayam (dipotong drummet)
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh lada hitam

Bahan Sos

7 sudu kicap manis
8 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu madu
7 sudu sos cili
5 sudu sos tomato

Kaedah

Perap kepak ayam bersama tepung jagung, tepung gandum, garam, serbuk cili, dan lada hitam.

Bakar kepak ayam pada suhu 180c selama 30 minit.

Didihkan kicap manis, bawang putih, madu, sos cili, dan sos tomato.

Salut ayam goreng bersama sos
Siap

Bahagian ayam yang selalu digunakan didalam resepi ini ialah kepak ayam.

Namun begitu anda juga boleh mengguna bahagian ayam yang lain. Gunakan cara yang sama untuk menikmati rasanya yang sedap. Diharap anda akan sudi mencuba resepi ini bagi hidangan anda seisi keluarga. Selamat mencuba!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Honey Garlic Chicken Wing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi kari udang bendi padu

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker