Patah hati boleh bawa maut
Satu kajian baharu menunjukkan bahawa seseorang manusia berisiko meninggal dunia disebabkan situasi patah hati, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Menurut penyelidik klinikal kardiologi Universiti Aberdeen, Dr. David Gamble, sindrom itu yang dinamakan takutsubo, boleh menyebabkan perasaan kehilangan orang tersayang, tekanan mahupun kegembiraan melampau bertukar menjadi serangan jantung mengejut.
Sebanyak 70 peratus kes berkaitan takutsubo dikesan dalam kalangan mangsa yang berdepan situasi putus cinta, kematian orang tersayang, kemalangan kereta atau diserang penjenayah.
Selain situasi negatif, peristiwa menggembirakan seperti kejutan ulang tahun, menang wang loteri atau lamaran perkahwinan juga menyumbang kepada takutsubo.
Gamble berkata, tindak balas tekanan yang dicetuskan oleh peristiwa-peristiwa mengejut itu menjadikan peningkatan adrenalin secara tiba-tiba di dalam badan.
“Ini secara tidak langsung memberi isyarat ‘pertarungan’ kepada jantung untuk mengepam darah lebih pantas ke otak dan otot,” jelasnya.
Pakar Kardiologi dan Perunding Kehormat Hospital Diraja Brompton memberitahu, dalam sindrom takotsubo, adrenalin menutup bahagian bawah ventrikel kiri dan ruang pam utama.
Bentuk abnormal ini dapat dilihat pada sinar-X jantung yang menyerupai periuk tradisional masyarakat Jepun yang digunakan untuk menangkap sotong kurita ketika memancing dan menjadi cetusan kepada nama takotsubo pada 1990. – Agensi
Patah hati boleh bawa maut
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Sarjan dipecat: Jangan masuk campur urusan tentera
- Gempar! Armada UFO melintasi langit Tennessee, Amerika Syarikat
- Amerikat Syarikat biayai Taliban
- Jangan Ganjiong, Tan Boon Heong kata kepada Najib
- Resepi Murtabak Maggi Terlajak Viral
- Azmin bakal jadi TPM, kata sumber
- Bekas CEO 1MDB mengaku pindah wang tanpa kebenaran
- It’s cheaper to buy a car in Singapore than Malaysia
- TMJ mahu tinggalkan JDT?
- Former Miss Universe Malaysia refuses to wear ‘face diaper’
- Kerajaan BN atau PN? Jenamakan semula kerajaan baharu!
Layari Laman Facebook MYKMU
Bintang TikTok maut jatuh bangunan semasa rakam video [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.