Kerjasama blok pembangkang, Pas tidak mahu cepat melatah

Kerjasama blok pembangkang, Pas tidak mahu cepat melatah. Pas tidak mahu mudah melatah berhubung pandangan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin membuat kerangka kerjasama dengan parti pembangkang bagi mewujudkan kestabilan dalam negara.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keputusan sama ada Pas akan bekerjasama dengan DAP sebagai contoh, perlu diajukan kepada individu yang menolak kerjasama itu.

“Soalan tersebut kena tanya kepada sesiapa yang keluar kenyataan mendakwa Pas tak bekerjasama bersama DAP,” katanya.

Sebelum itu, Ismail Sabri dalam perutusan pertamanya selaku Perdana Menteri menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Pengumuman itu sedikit sebanyak memperjelaskan kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menjangka Perdana Menteri kesembilan itu akan membuat kerangka kerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi mewujudkan kestabilan dalam negara.

Ketika kemelut politik sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi pendirian parti itu tidak akan menerima DAP dalam kerajaan.

Kerjasama blok pembangkang, Pas tidak mahu cepat melatah

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker